26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Roller coaster Sunway Lagoon kekal ditutup sementara siasatan diteruskan

    Shopee Sale

    Permainan roller coaster yang terlibat dalam insiden kemalangan pada 22 Ogos, 2026 di Taman Tema Sunway Lagoon di Subang Jaya, Selangor kekal ditutup sementara siasatan masih dijalankan.

    Sunway Lagoon Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan selain memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.

    "Taman Tema Sunway kekal komited dalam memastikan tahap keselamatan tertinggi di seluruh operasi taman tema kami. Keselamatan dan kesejahteraan para pengunjung sentiasa menjadi keutamaan kami,” jelasnya.

    Syarikat itu turut mengesahkan bahawa semua pengunjung yang menjalani rawatan dan pemeriksaan di hospital susulan insiden berkenaan telah dibenarkan pulang.

    MENARIK:  Polis rekod 22 laporan berkaitan kecurian di tapak ECRL di Terengganu

    "Kami memahami bahawa insiden ini merupakan satu pengalaman yang sukar dan mencemaskan bagi mereka yang terlibat selain menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga masing-masing.

    "Kami amat kesal terhadap insiden yang berlaku dan akan terus berhubung dengan pengunjung yang mengalami kecederaan bagi memastikan kebajikan serta keperluan mereka diberikan perhatian sewajarnya," menurutnya.

    Syarikat itu menegaskan bahawa keselamatan dan kesejahteraan tetamu sentiasa diutamakan.

    "Kami mengambil serius kebimbangan yang timbul susulan insiden berkenaan dan komited untuk memastikan semua aspek berkaitan keselamatan ditangani dengan sewajarnya," jelasnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah