26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Diperlakukan Macam Sampah Pun Saya Diam Sahaja’ – Abby Abadi Nafi Suka Canang Hal ‘Dalam Kain’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Abby Abadi menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia gemar membuka aib atau menjaja kisah peribadi keluarganya di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Marissa Nafi Ketepikan Abby, Tak Pernah Lebihkan Norman & Memey – ‘Tiada Siapa Mahu Bergaduh Dengan Ibu Sendiri’

    Artikel Berkaitan: ‘Menangis Sampai Terkencing… Bersalin Dalam Kereta, Ada Dia Peduli?’ – Abby Abadi Trauma, Diuji Sejak Hamil Anak Pertama

    Tak jaja hal dalam kain

    Menerusi hantaran di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menegaskan dia lebih banyak memendam segala ujian yang dilalui dan memilih untuk meneruskan kehidupan demi membesarkan anak-anak.

    Menurut Abby, jika benar dia sering mendedahkan hal rumah tangga kepada umum, sudah pasti pelbagai perkara telah lama dikongsikan.

    Sedapnya berkata-kata. Mana ada saya suka kongsi hal dalam kain selama ini. Tiada apa pun yang saya kongsi.

    Kalau saya jenis begitu, tak adalah semua baik bertahun-tahun, kan? Saya dah lalui segala macam perangai manusia dalam dunia ini. Diperlakukan macam sampah pun saya diam sahaja dan terus berjalan.

    Dalam hantaran sama, Abby memberitahu bahawa fokus utamanya selama ini hanyalah mencari rezeki bagi memastikan anak-anaknya dapat menjalani kehidupan yang selesa.

    Siang malam saya fikir macam mana nak cari rezeki supaya anak-anak hidup selesa. Cukup makan dan pakai. Ada rumah yang selesa, seorang satu bilik.

    Ini Kuala Lumpur, kos sara hidup tinggi. Saya tak pernah biarkan anak-anak kelaparan atau merempat sana sini. Tidak pernah.

    Abby turut menegaskan seluruh hidupnya selama ini didedikasikan buat keluarga, terutama anak-anak yang menjadi keutamaan selepas pemergian kedua ibu bapanya.

    Saya hidup memang untuk anak-anak sahaja selama ini. Kalau dulu masa arwah mak ayah masih ada, rezeki yang saya cari juga untuk mereka berdua.

    Sekarang anak-anak pula tanggungjawab saya. Tak percaya, tanyalah orang sekeliling. Saya sambut hari lahir anak-anak pun dah macam acara rasmi.

    Macam mana saya jaga anak-anak kecil yang ada sekarang, macam itulah juga saya jaga yang sudah besar.

    Sejak kebelakangan ini, hubungan keluarga Abby kembali menjadi perhatian ramai susulan beberapa isu yang dikaitkan dengan anak perempuannya, Marissa Dania serta bekas suami, Norman Hakim.

    MENARIK:  ‘Dah Agak Tempat Terakhir’ – Illa Sabry Kecewa Persembahan Minggu Pertama Tak Memuaskan, Hilang 19 Kilogram Berat Badan Sebab ‘Stres’

    Polemik tersebut dipercayai tercetus selepas urusan perceraian Marissa dengan bekas suaminya, selain timbul dakwaan bahawa Abby tidak dijemput menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran anaknya itu.

    Tidak hanya itu, Abby juga meluahkan isi hatinya dalam satu hantaran yang didakwa ditujukan kepada Norman.

    Sumber: Threads

    The post ‘Diperlakukan Macam Sampah Pun Saya Diam Sahaja’ – Abby Abadi Nafi Suka Canang Hal ‘Dalam Kain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah