Usahawan Kieda Crepe mempunyai sebab tersendiri apabila dia memilih untuk bersalin di hospital kerajaan berbanding di hospital swasta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Studio Fotografi Guna Gambar Raya Untuk Iklan, Kieda Crepe Terima Baik Permohonan Maaf – ‘Mereka Ambil Tanggungjawab’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Bangga Tayang Dalam Live, Saya Perut Besar Pun Usaha Puasa’ – Kieda Crepe
Pengalaman bersalin
Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra berkongsi pengalaman yang baik ketika melahirkan dua cahaya matanya sebelum ini di hospital kerajaan.
Menurut Kieda, baginya hospital kerajaan mempunyai fasiliti dan kepakaran yang lengkap.
Dari anak sulung saya bersalin di Hospital Kepala Batas dan layanan dan wad sangat selesa.
Sebarang masalah, ada pakar.
Selain itu, Kieda berkata, kos perubatan di hospital kerajaan lebih rendah berbanding di swasta, lalu dia membuat keputusan untuk menggunakan peruntukan wang yang disediakan suami bagi perbelanjaan keperluan lain sepanjang tempoh berpantang.
Hospital ini juga dekat dengan rumah dan duit yang suami nak bayar kos di hospital swasta tu boleh saya guna dalam pantang.
Sebab dalam pantang paling banyak guna duit. Saya ambil CL (confinement lady) selama 21 hari.
Tambah Kieda lagi, yang penting untuknya adalah keselamatan diri dan juga bayi yang bakal dilahirkan nanti.
Saya bukan orang senang, saya sedar diri.
Bersalin di mana pun atas pilihan sendiri. Janji selamat ibu dan anak sudah cukup untuk kita rasa syukur.
Sumber: TikTok Kieda Crepe
The post [VIDEO] Kieda Crepe Ada Sebab Pilih Hospital Kerajaan Untuk Bersalin – ‘Layanan & Wad Sangat Selesa’ first appeared on OHBULAN!.



#kiedacrepe @AMY KIEDA MERCHANDISE 

