29.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan akan naikkan kadar SARA dalam tempoh terdekat – PM

    Shopee Sale

    Kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat sebagai usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Dia berkata langkah itu diambil selepas kerajaan mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat meskipun pelbagai bentuk bantuan disalurkan sebelum ini.

    “Walaupun kita beri Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA, (di Negeri Sembilan) Aminuddin bagi bonus tinggi kepada penjawat awam, adakah selesai masalah? Belum.

    "Kerana itu, kita dengar rintihan rakyat dan insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan naikkan lagi SARA untuk rakyat semua,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Kekal PH di Senawang malam tadi, bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berlangsung 1 Ogos.

    MENARIK:  'Diarah bunuh': Mahkamah dengar semakan kehakiman berkait SD Azilah pada Jun

    Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani akan terus memperhalusi kemungkinan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk STR dan SARA jika keadaan ekonomi negara mengizinkan.

    Dia berkata perkara itu dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican dan akan dipertimbangkan dalam pembentangan Belanjawan 2027

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah