29.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lima Tahun Bercinta, Wanita Baru Tahu Kekasih Rupanya Suami Orang – ‘Dia Mewahkan Aku Guna Duit Bini’

    Shopee Sale

    Perkongsian seorang wanita di platform Threads mencuri perhatian apabila mendakwa dia telah menjalin hubungan cinta selama lima tahun dengan lelaki yang sudah berkahwin dan berstatus suami orang.

    Artikel Berkaitan: Foto Maraton Bongkar Kecurangan Suami, Isteri Berterima Kasih Kepada Photographer

    Artikel Berkaitan: Lelaki Berstatus Suami Orang Selamba Curang, Alasan Hantaran Dahulu Murah – ‘Modal Kahwin Dulu RM2,000 Je’

    Bercinta dengan suami orang

    Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa rahsia tersebut terbongkar bukan melalui media sosial atau individu lain, sebaliknya menerusi sejarah penggunaan aplikasi ChatGPT pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan.

    Menurut wanita itu, sepanjang lima tahun menjalinkan hubungan, dia langsung tidak pernah mengesyaki kekasihnya mempunyai isteri kerana lelaki tersebut bijak menyembunyikan kehidupan sebenarnya.

    Malah, mereka dikatakan sering meluangkan masa bersama setiap hari selain berbual melalui panggilan telefon sehingga lewat malam tanpa menimbulkan sebarang keraguan.

    Dia turut mendakwa sering menggunakan telefon bimbit milik teman lelakinya untuk berswafoto namun tidak pernah berasa curiga terhadap lelaki itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Agy Klarifikasi ‘Lala Raya’ – ‘Hanya Momen Makan Beradab, Bukan Lukisan The Last Supper’

    Bagaimanapun, rasa ingin tahu ketika menggunakan aplikasi ChatGPT membawa kepada penemuan yang tidak disangka apabila dia menemui sejarah arahan (prompt) berkaitan reka bentuk logo sebuah syarikat.

    Bagi mendapatkan kepastian, wanita itu menghubungi isteri lelaki terbabit dan pada mulanya menyangka pasangan tersebut sudah berpisah. Namun, sangkaannya meleset apabila dimaklumkan mereka masih sah sebagai suami isteri.

    Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa lelaki berkenaan tidak memiliki perniagaan sendiri seperti yang disangkakan, sebaliknya segala kemewahan yang dipamerkan sepanjang mereka bercinta dipercayai menggunakan hasil perniagaan isterinya.

    Walaupun mengakui kecewa kerana menjadi mangsa penipuan selama lima tahun, wanita itu berkata dia lebih bersimpati terhadap isteri lelaki tersebut selepas mengetahui situasi sebenar.

    Sumber: Threads

    The post Lima Tahun Bercinta, Wanita Baru Tahu Kekasih Rupanya Suami Orang – ‘Dia Mewahkan Aku Guna Duit Bini’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah