28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Berlakon, Azhan Rani Jadi Mentor Buat Pelakon Extra – ‘Ajar Dengan Ikhlas & Bagi Semangat Pada Saya’

    Shopee Sale

    Seorang individu yang merupakan pelakon tambahan menzahirkan rasa syukur terhadap pelakon Azhan Rani yang banyak memberikan kata-kata semangat kepadanya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhan Rani Rayu Bantuan Cari Kucing Hilang – ‘Bila Kilau Tak Ada, Saya Rasa Macam Sesuatu Tak Kena’

    MENARIK:  Meninggal Dunia Di Luar Negara, Ini Prosedur Yang Waris Perlu Tahu

    Artikel Berkaitan: Azhan Rani Sambut Syawal Dengan T-Shirt Sejak Pemergian Bapa – ‘Saya Pakai Baju Melayu Untuk Kerja Je’

    Banyak dapat pujian

    " data-video-id="7662312851909938452" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @masniza.manan2

    Bukanlah bermakna artis lain tak pernah puji lakonan saya, pernah jer. Cuma kata² semangat yang panjang lebar daripada Azhan Rani kepada saya setiap kali break tukar shot kami buatkan saya terharu sampai sekarang. Beliau sungguh² nak saya pergi jauh dalam bidang ni. Apapun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Industri ni tak semudah disangka…

    ♬ Slow Emotional Piano – Oleg Kirilkov

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Masniza menyifatkan pujian daripada pelakon utama itu sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.

    Menurutnya, Azhan Rani merupakan antara pelakon yang sering memberikan pujian selain berkongsi tunjuk ajar bagi membantu pelakon tambahan menjayakan watak dengan lebih baik di set penggambaran.

    Sebagai seorang pelakon tambahan, kalau dipuji berkali-kali dengan pelakon utama semasa pengambaran memang buatkan hati berbunga-bunga.

    Antara artis yang kerap puji, tunjuk ajar dengan ikhlas, bagi semangat pada saya sepanjang pengambaran adalah Azhan Rani.

    Tambahnya, kata-kata daripada pelakon berusia 50 tahun itu amat bermakna sehingga membuatkan dirinya berasa terharu walaupun hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan.

    Agak kerap satu set dengan Azhan Rani untuk babak hospital dengan dialog saya yang panjang.

    Bukan bermaksud artis lain tak pernah puji. Cuma kata-kata semangat yang panjang lebar daripada Azhan Rani buatkan saya terharu sampai sekarang.

    Saya amat hargai segala pengalaman.

    Sumber: TikTok @masniza.manan2

    The post Bukan Sekadar Berlakon, Azhan Rani Jadi Mentor Buat Pelakon Extra – ‘Ajar Dengan Ikhlas & Bagi Semangat Pada Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah