30.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa Dua Anak Dipenjara Selepas Mengaku Bersalah Curi Milo

    Shopee Sale

    Seorang lelaki yang juga bapa kepada dua cahaya mata dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kulim, Kedah selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan keperluan dari sebuah pasar raya, minggu lalu.

    Artikel Berkaitan: Bapa Dipenjara 105 Tahun 70 Sebatan, Akui Insaf R*gol Anak Kandung Berulang Kali

    Mengaku bersalah

    Foto: Sinar Harian

    Memetik laporan Sinar Harian, Majistret Nur Hamizah Mat Shah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhamad Zani Ishak, 49, sebaik sahaja tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan mahkamah.

    Mengikut pertuduhan, Muhamad Zani didakwa mencuri dua bungkusan serbuk Milo seberat 1.8 kilogram, empat bungkusan serbuk Milo 900 gram serta lapan botol syampu dengan nilai keseluruhan RM252.60.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pasar raya di Kulim kira-kira pukul 10.52 pagi pada 15 Julai lalu.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Bagi pesalah yang mengulangi kesalahan, hukuman penjara, denda atau sebatan juga boleh dikenakan.

    MENARIK:  Da’i Syed Menangis, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Preeyaa, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Najihah Ahmad Zulkarnain.

    Dalam rayuannya, peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan memaklumkan anak guamnya sedang berusaha mendapatkan pekerjaan selain menyesali perbuatannya.

    Peguam turut memaklumkan barangan yang diambil adalah terdiri daripada keperluan harian.

    Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman yang setimpal dikenakan selepas dimaklumkan bahawa barangan tersebut dipercayai dicuri untuk dijual bagi mendapatkan wang.

    Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memerintahkan Muhamad Zani dipenjara selama tujuh hari bermula dari tarikh dia ditahan.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Bapa Dua Anak Dipenjara Selepas Mengaku Bersalah Curi Milo first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah