Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui barang kemas yang diterimanya semasa hari pernikahan adalah barangan palsu.
Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Tak Mahu Campuri Urusan Rumah Tangga Anak, Jadi Ibu Mentua ‘Chill’ – ‘Kalau Cuti, Bangun Lambat Pun Tak Apa’
Artikel Berkaitan: ‘Mek Yun Selalu Doa Supaya Dapat Ibu Mentua Baik & Layan Macam Anak Sendiri’
Barangan kemas palsu

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan mendakwa ibu mentuanya menipu dengan memberi barangan palsu dan perkara tersebut terbongkar apabila dia menyedari warna emas pada cincinnya semakin luntur.
Saya nak luah sesuatu yang sudah terbuku selama sembilan tahun. Kena tipu hidup-hidup dengan mak mentua di hari pertama nikah, betul-betul di dalam rumah Allah.
Cincin dan gelang saya palsu.
Selepas sebulan nikah saya ke tandas pasar raya, tengah cuci tangan nampak cincin saya bertukar dari emas ke silver. Bila basuh lagi memang terus tukar warna.
Menurut wanita itu, suaminya tidak mengetahui akan perkara tersebut dan dia bertambah kecewa apabila mendengar respon ibu mentua yang sama sekali tidak berasa bersalah di atas perbuatannya.
Hati saya hancur dan saya bertanya kepada suami kenapa cincin bertukar warna, kenapa bukan emas betul.
Katanya, ‘sumpah tak tahu, saya cari duit bagi mak yang selesaikan semuanya sebab saya tak ada masa nak cari itu ini. Balik kerja pun memang dah malam.’
Saya tanya mak, nak tahu apa dia balas? ‘Kena reda dengan apa yang mak dah buat barulah nanti hati tenang, lagi pun tak elok simpan emas nanti kena hisab’.
Nak kena reda dengan penipuan yang kau buat di atas hari bahagia aku?
Tambah wanita berkenaan, dia sukar untuk memaafkan ibu mentua kerana kepercayaan terhadapnya sudah dikhianati sejak dari awal perkahwinan lagi.
Setiap hari saya cuba untuk maafkan tetapi hati saya berkata, ‘itu hak aku.’
Saya dah beritahu suami sebelum nikah, cincin berat ke ringan ke, tak ada gelang pun tak apa janji cincin betul. Dia pun okay sahaja.
Saya tahu dia penat cari duit nak kahwin dengan saya.
Saya bukan nak cincin mahal tapi bagi saya yang mahal adalah kejujuran. Gantilah 10 dulang pun tetap tak akan sama.
Sumber: Threads
The post Wanita Kecewa Ditipu Ibu Mentua, Dakwa Beri Cincin Palsu Semasa Nikah – ‘Dia Kata Tak Elok Simpan Emas Nanti Kena Hisab’ first appeared on OHBULAN!.





