Penyanyi Syasya Rizal tampil menjawab persoalan netizen yang mempertikaikan keputusannya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian menerusi lagu solo terbarunya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Kata Terlalu Muda Kahwin & Jadi Ibu..Tapi Inilah Impian Yang Saya Doakan Dalam Diam’ – Syasya Rizal
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Tak Follow Artis Macam Dulu’ – Syasya Rizal Kini Jaga Batas & Hormat Suami
Kembali aktif bernyanyi?

Menerusi perkongsian di Threads, Syasya atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 25, dilihat mempromosikan lagu solo terbarunya dengan penampilan berhijab.
Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian sekali gus mencetus pelbagai reaksi antara netizen.
Tidak berdiam diri, Syasya tampil bersuara dengan menyatakan minatnya kepada bidang menyanyi tidak pernah pudar sejak mendirikan rumah tangga.
Jawapan saya sama sejak 2024.
Untuk karier, saya tak pernah letak tanda noktah.
Tambah Syasya, dia sentiasa bersikap terbuka sekiranya menerima tawaran untuk kembali aktif menyanyi.
Bernyanyi sentiasa menjadi minat saya.
Kalau saya diberi peluang untuk bernyanyi lagi pada masa akan datang, kenapa tidak?
Sumber: Threads @syasya.rzl
The post Syasya Rizal Perjelas ‘Comeback’ Lagu Baru – ‘Saya Tak Pernah Letak Tanda Noktah Pada Karier Nyanyi’ first appeared on OHBULAN!.





