25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    CuBig @ KLCC Junction Tampil Wajah Baharu, Samsung Rasmi Skrin Premium Bertaraf Global

    Shopee Sale

    Big Tree, peneraju industri pengiklanan luaran (OOH) di Malaysia dan anak syarikat milik Media Prima Berhad, telah menaik taraf aset ikoniknya, CuBig @ KLCC Junction, menerusi pemasangan skrin bertaraf premium yang menawarkan paparan warna lebih terang serta prestasi visual yang dipertingkatkan.

    Artikel Berkaitan: Kongsi ‘Foto Hari Raya Paling Menarik’ Dapat Duit RM500! Detik Istimewa Aidilfitri Bakal Terpapar Di Papan Iklan Big Tree

    Artikel Berkaitan: Lancar Premium Audio, Skrin Digital Gergasi Big Tree Kini Berdentum Di CuBig @ KLCC Junction

    Big Tree

    Mercu tanda yang diberi wajah baharu ini turut mencipta impak di pentas pemasaran global apabila menjadi antara medium utama dalam pelancaran siri Galaxy Z oleh Samsung.

    Bersempena acara Galaxy Unpacked, Samsung menggabungkan keupayaan skrin CuBig @ KLCC Junction dengan struktur fizikal 3D berskala besar yang direka khas menyerupai Galaxy Z Fold8, sekali gus menghadirkan pengalaman visual yang lebih imersif kepada orang ramai.

    MENARIK:  Michael Ang Tegur Jangan Jadi ‘Bitter’, Cik Epal Respon – ‘Saya Tak Menyalak Sibuk Ulas Kes Orang Lain’

    CuBig @ KLCC Junction kini terletak di persimpangan Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, dan Jalan P. Ramlee yang sentiasa sesak.

    Lokasi CuBig @ KLCC Junction yang strategik ini menawarkan demografi sasaran profil tinggi yang terdiri daripada pemimpin korporat, pengguna berpendapatan tinggi, dan pelawat antarabangsa.

    Dengan wajah baharu, CuBig @ KLCC Junction kini menjadi platform utama bagi jenama global untuk mencipta detik pelancaran yang lebih bermakna.

    The post CuBig @ KLCC Junction Tampil Wajah Baharu, Samsung Rasmi Skrin Premium Bertaraf Global first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah