30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kamal Adli Terus Bekerja Selepas Pulang Dari Mahkamah – ‘Saya Tetap Positif Sebab Ini Rezeki Allah’ 

    Shopee Sale

    Pelakon Kamal Adli, masih komited melaksanakan tuntutan kerja seperti biasa meskipun sedang berdepan dengan konflik rumah tangga dengan isterinya yang juga aktres, Uqasha Senrose.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Berani Junjung Al-Quran, Tak Pernah Pukul Isteri’ – Kamal Adli Pilih Simpan Aib Uqasha Senrose 

    Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Dakwa Dipuk*l Sejak Kahwin, Ketika Sarat Hamil Rambut Kena Tarik – ‘Naik Tangan, Kaki, Maki & Tengking’

    Teruskan kerja

    Menerusi perkongsian di akaun Thread, Kamal selaku duta jenama pakaian terkenal iaitu Jakel, dilihat tetap melakukan tugasnya seusai selesai prosiding mahkamah yang berlangsung pada Khamis.

    Mengakui dirinya mengalami tekanan, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 37, bagaimanapun tetap bersyukur dan percaya dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

    Stres juga tapi kerja kena buat.

    Saya tetap kena positif, sebab ini pun sebahagian daripada rezeki yang Allah bagi dan saya bersyukur sangat.

    Dan sebab itulah, saya tak boleh terlalu berfikir sangat. Bila ada kerja, akan kurang sedikit berfikir pasal masalah.

    Dalam masa yang sama, pelakon drama Dia Imamku itu juga memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.

    Saya harap anda semua yang dekat luar itu, doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga saya.

    Hidup kena teruskan.

    Pada prosiding mahkamah kelmarin, Uqasha turut mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang empat tahun perkahwinan, termasuk ketika hamil sehingga selepas kelahiran anak mereka yang kini berusia 19 bulan.

    MENARIK:  ‘Si Dia Memahami Kerja Saya, Selebihnya Tunggu Kad Kahwin’ – Wani Kayrie

    Terdahulu, prosiding JKP yang melibatkan kedua-dua keluarga gagal mencapai persetujuan berikutan Kamal masih berhasrat untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

    Berikutan itu, Mahkamah Syariah melantik hakam atau perunding tara bagi meneruskan proses penyelesaian kes, dengan sebutan seterusnya dijadualkan pada 12 Januari 2026.

    Sumber: Jakel

    The post [VIDEO] Kamal Adli Terus Bekerja Selepas Pulang Dari Mahkamah – ‘Saya Tetap Positif Sebab Ini Rezeki Allah’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah