Pelakon, Josiah Hogan memilih untuk tidak mencampur tangan dalam konflik antara pengarah dan penerbit filem Misteri Fraser 1910 iaitu Shuhaimi Zulkefli, Amai Kamarudin dan Elani Aidid.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Josiah Hogan Peluk Islam Sejak Umur 4 Tahun
Artikel Berkaitan: Josiah Hogan Dalam Proses Dapatkan IC Biru, Enggan Guna ‘Pintu Belakang’ – ‘Masih Menunggu Kelulusan & Pengesahan’
Tak mahu campur

Ketika ditemui , pemilik nama Josiah Padilla Hogan, 39, berkata dia memilih untuk berlakon dalam filem tersebut kerana sudah lama mahu bekerjasama dengan Shuhaimi.
Saya tahu apa yang berlaku tetapi itu antara mereka. Saya tidak mahu campur.
Perkara ini rasanya macam agak serius.
Sejujurnya saya terima watak ini adalah disebabkan pengarah. Saya dah lama nak bekerjasama dengan Shuhaimi.
Pelakon asal yang membawa watak Mr. Fraser bukan saya.
Dia digugurkan atas sebab-sebab tertentu. Bila saya dengar tentang masalah itu, saya ‘step in’ untuk membantu.
Dalam pada itu, Josiah akui terkejut apabila mengetahui tentang ketiadaan pengarah pada majlis tayangan perdana filem itu selain namanya diletakkan di bahagian bawah poster.
Apa yang saya diberitahu setiap kali saya terlibat dengan penggambaran, pengarah dalam sebuah ini ibarat ‘tuhan’ dalam sebuah filem.
Dalam ‘frame’ itu adalah dunia dia. Dia boleh wujudkan, hilangkan, hidupkan dan matikan.
Terdahulu, konflik di antara Shuhaimi dan kedua-dua penerbit tercetus apabila pengarah itu menuduh pihak produksi gagal melunaskan bayaran gaji kru sehingga menyebabkan filem itu ditangguhkan.
Disebabkan hal tersebut, pihak penerbit terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuhaimi selepas permintaan mereka untuk dia memadamkan hantarannya tidak diendahkan.
The post [VIDEO] Josiah Hogan Tak Campur Konflik Pengarah, Penerbit Filem Misteri Fraser 1910 first appeared on OHBULAN!.





