31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muda, PSM tubuh Blok Progresif untuk PRN Johor, Negeri Sembilan

    Shopee Sale

    Muda dan PSM bersetuju untuk bergerak secara bersama dalam pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

    Mengumumkannya sebagai "Blok Progresif", kedua-dua parti itu berkata menerusi pembentukan kerjasama politik ini, mereka akan mengetengahkan tawaran dasar-dasar yang bersifat progresif kepada para pengundi di kedua-dua negeri.

    “Dasar progresif yang dibawa ini bersifat ke hadapan dan berpaksikan kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, berlandaskan kerangka Perlembagaan Persekutuan," kata kedua-dua parti dalam satu kenyataan bersama.

    Muda dan PSM menegaskan bahawa tunjang dasar yang akan mereka perjuangkan dalam pilihan raya negeri merangkumi:

    • Penyelesaian Kos Sara Hidup: Merangka langkah praktikal untuk meringankan beban ekonomi rakyat.

    • Pekerjaan Berkualiti: Merangsang penawaran peluang pekerjaan dengan gaji dan jaminan yang lebih baik.

    • Kelestarian Alam: Membawa agenda perubahan iklim dan pemeliharaan alam sekitar secara serius.

    • Perumahan Mampu Milik: Memastikan akses perumahan yang adil dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat.

    • Reformasi Institusi: Memperkasa tata kelola kerajaan yang telus, bersih, dan berintegriti.

    “Kesepakatan ini mencakupi pelarasan dan koordinasi isu, pergerakan jentera kempen secara bersama, serta peranancangan strategik dalam pembahagian kerusi.

    “Langkah ini diambil bagi mengelakkan pertembungan kerusi dalam kalangan parti-parti yang memperjuangkan agenda progresif," menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Mahkamah tolak permohonan peguam Tei untuk cabar notis SPRM

    Muda dan PSM juga berkata mereka tetap terbuka untuk perbincangan dan kerjasama dengan mana-mana parti atau kumpulan yang berkongsi aspirasi progresif dan matlamat dasar mereka.

    Kedua-dua pilihan raya negeri itu juga akan menandakan kemunculan sulung Bersama dalam pilihan raya. Parti itu, yang dipimpin bersama oleh bekas pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, meletakkan dirinya sebagai alternatif kepada PH.

    Pilihan raya berkenaan juga merenggangkan hubungan antara PH dan Umno, yang merupakan sekutu dalam kerajaan Madani.

    Pengundi Johor akan mengundi pada 11 Julai, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun dan pengundian awal dijadualkan pada 7 Julai. Negeri Sembilan pula akan mengadakan pilihan raya pada 1 Ogos, dengan penamaan calon pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah