32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri Digital Jerman didakwa sediakan teks guna AI

    Shopee Sale

    GLOBAL | Menteri Hal Ehwal Digital Jerman, Karsten Wildberger, dipersoal media negara itu susulan dakwaan dia penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penyediaan teks rasmi, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Kontroversi itu timbul ketika Jerman berusaha mempercepat penggunaan teknologi digital menerusi kementerian baru yang ditubuhkan pada 2025 bagi memodenkan pentadbiran awam dan menyelaras dasar digital.

    Jurucakap kementerian mengesahkan kepada dpa bahawa Wildberger menggunakan AI sebagai alat sokongan kerja.

    “Wildberger menggunakan AI sebagai alat sokongan kerana dia yakin Jerman perlu segera mempelajari cara menggunakan kecerdasan buatan secara produktif tetapi terkawal.

    “Ini terpakai kepada ekonomi, sektor awam dan politik,” kata jurucakap berkenaan.

    Akhbar mingguan Die Zeit melaporkan beberapa ucapan dan artikel pandangan yang dikaitkan dengan Wildberger dipercayai sebahagian besarnya dijana menggunakan AI.

    Menurut akhbar itu, penemuan berkenaan dibuat berdasarkan analisis menggunakan perisian yang direka untuk mengesan kandungan dijana AI.

    MENARIK:  Mahkamah putuskan kematian pegawai kadet TLDM sebagai kes bunuh

    Bagaimanapun, beberapa pakar menyatakan perisian pengesanan sedemikian belum sepenuhnya boleh dipercayai.

    Menurut laporan tersebut, artikel yang diterbitkan atas nama Wildberger di akhbar utama Jerman – selain beberapa ucapan di parlimen – memberikan petunjuk meluas penggunaan bantuan AI.

    Satu ucapan yang disampaikan di badan pemikir dasar luar AS, Atlantic Council, di Washington pada 2024 turut didakwa dijana sepenuhnya oleh AI.

    Kementerian itu berkata tiada pendedahan khusus dibuat kepada organisasi media kerana AI dianggap sebagai alat sokongan setanding dengan pemprosesan perkataan atau bantuan penyelidikan.

    “AI boleh digunakan sebagai rakan percambahan idea – untuk menyusun idea, mencadangkan frasa alternatif, memendekkan teks atau memperkemas struktur,” kata jurucakap itu.

    Dia menegaskan semua kandungan disemak dan diluluskan manusia sebelum diterbitkan bagi mengelakkan kesilapan dan maklumat tidak tepat yang dijana AI.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah