32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Keluarga Fazley & Vida Makan Malam Bersama, Bekas Isteri Turut Serta – ‘Azrene Layan Cik B Macam Anak Sendiri’

    Shopee Sale

    Keakraban di antara cef selebriti Fazley Yaakob dan usahawan Datuk Seri Vida semakin mencuri perhatian apabila hubungan baik mereka turut disenangi serta diterima oleh keluarga kedua-dua pihak.

    Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Serius Cari Jodoh – ‘Terbuka Kepada Semua..Jangan Malu DM & Buat First Move’

    MENARIK:  Adira Suhaimi Ditegur Netizen Sediakan Sangkar Sempit Untuk Kucing – ‘Terkena Panas & Hujan’

    Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Tegur Sikap Suka Jatuhkan Orang Di Media Sosial – ‘Jiwa Mereka Kosong, Lapar Perhatian Tapi Tak Pernah Kenyang’

    Makan malam bersama

    " data-video-id="7650934376624147732" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dsv_officialmall

    Alhamdulillah dapat bersama insan2 yang hebat, baik hati , penyayang dan saling menghormati 🥹 Semoga Allah sentiasa menjaga ukhwah kita dengan baik 🤲🏻 #fypシ゚viral

    ♬ Memori Berkasih – SekilasJiwang

    Menerusi hantaran di TikTok, Vida berkongsi momen makan malam keluarganya bersama Fazley dan anak-anak di sebuah restoran.

    Namun, yang menarik perhatian ramai adalah sosok bekas isteri Fazley iaitu Azrene Soraya Abdul Aziz yang turut serta menjamu selera bersama mereka.

    Saya tak sangka baru pertama kali jumpa Azrene tapi dah macam lama kenal.

    Azrene layan Cik B sangat baik, dah macam layan anak sendiri. Terharu saya bila orang layan anak-anak saya dengan baik.

    Bangga jadi seorang mak bila anak-anak kita disenangi semua orang.

    Dalam masa yang sama, Vida atau nama lengkapnya Hasmiza Othman, turut memuji sikap anak-anak Fazley dan Azrene kerana mempunyai keperibadian diri yang sopan dan penuh adab.

    Anak-anak mereka pun sangat rapat dengan Cik B, bonding mereka macam adik beradik.

    MasyaAllah didikan dari ibu bapa yang hebat. Anak-anak mereka sangat baik, bijak dan menghormati.

    Anak-anak mereka layan saya seperti ibu, terasa macam ramai anak yang sayang saya.

    Semoga Allah menjaga ukhuwah kami dengan baik.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat keharmonian kedua-dua keluarga ini dan mengagumi kasih sayang yang terjalin di antara mereka.

    Sebelum ini, hubungan Fazley dan Vida mula hangat diperkatakan oleh warganet selepas mereka dilihat akrab ketika menyertai program Talk To My Manager 2.

    Malah, Cik B juga merestui andai mereka menjalan hubungan cinta kerana yakin Fazley boleh menjadi bapa yang baik.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Keluarga Fazley & Vida Makan Malam Bersama, Bekas Isteri Turut Serta – ‘Azrene Layan Cik B Macam Anak Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah