31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khairul Aming Disangka ‘Flop’ Selepas Video Raih Tontonan Rendah, Ini Jawapan Tuan Badan – ‘Saya Nak Buat Experiment..’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan tentang salah satu videonya yang menerima jumlah tontonan rendah baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gangguan Bekalan Elektrik Di Rembayung, Netizen Puji Sikap Tenang Khairul Aming Kawal Situasi

    Artikel Berkaitan: Khairul Aming Respon Isu Sistem Tempahan Rembayung ‘Down’ – ‘Restoran Baru Buka 2 Minggu Bang, Beri Saya Sedikit Ruang’

    Penjelasan Khairul Aming

    View on Threads

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, 34, itu berkata, video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargenet dan turut mencetuskan spekulasi.

    Kalau pergi ke profil saya ada video terbaharu dan video itu 300,000 tontonan. Ramai buat andaian.

    ‘Khairul Aming views flop, akhirnya TikTok dah tak relavan, semua orang dah pindah pergi Threads. Khairul Aming Flop Era.’

    Ada haters saya kata, ‘memang tunggu saat ini, akhirnya dia jatuh.’

    Ya Allah, dahsyat betul membenci saya.

    Menurut Khairul Aming, dia hanya bereksperimentasi dengan memuat naik semula video yang pernah dikongsikan sebelum ini dan ternyata platform tersebut berjaya mengesan kandungan berkenaan sebagai video lama.

    MENARIK:  [VIDEO] Cik Pia Kecewa, Bosskay Didakwa Tak Jenguk Zuriat Sendiri? – ‘Apakah Dosa Anak Sehingga Ke Hari Ini Tak Pernah Melihat Nasabnya?’

    Tindakan itu menyebabkan video tersebut tidak menerima capaian kepada pengguna TikTok seperti kebiasaannya.

    Video tu saya dah pernah upload. Tengok balik semasa bulan Oktober tahun lepas, video itu dah 10 juta views.

    Saya nak buat experiment, kalau kita ambil video sama, edit sikit dan tukar voice over, adakah TikTok dapat mengesan video itu.

    Rupanya memang TikTok detect video itu video yang sama. Jadi video itu betul-betul disekat dan tak keluar FYP.

    Bagaimanapun, Khairul Aming tetap mengekalkan video itu di profilnya, malah sempat berseloroh dia sudah penat mengejar tontonan ketika bulan Ramadan.

    Patutnya tanyalah saya dulu, kenapa video ini satu sahaja yang bermasalah.

    Tapi saya biarkan sahaja video itu jalan, tak payahlah berebut view.

    Saya ni bulan puasa dah penat kejar view.

    Sumber: Threads

    The post Khairul Aming Disangka ‘Flop’ Selepas Video Raih Tontonan Rendah, Ini Jawapan Tuan Badan – ‘Saya Nak Buat Experiment..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah