Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan percaya perjalanan kerjaya seninya telah ditentukan oleh Allah, termasuk ketika dia pernah berada di kemuncak populariti suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jalaluddin Hassan Hadir Ke SPRM Sebagai Saksi, Hanya Bertindak Sebagai Duta – ‘Saya Sendiri Tak Tahu Transaksi Syarikat Mereka’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jalaluddin Hassan Sedia Bagi Kerjasama Kepada SPRM, Nafi Terima Bayaran RM400,000
Fasa kejutan budaya
Menerusi sebuah podcast bersama Studio Sembang, Jalaluddin mengakui pada fasa tersebut dia mengalami kejutan budaya apabila popularitinya meningkat secara mendadak sehingga tanpa disedari dirinya dikelilingi pelbagai godaan.
Menurut aktor berusia 72 tahun itu, sikap isterinya tidak pernah merungut membuatkan dia mula menyedari kesilapan diri, apatah lagi apabila orang ramai mula memperkatakan tentang dirinya.
Saya percaya dalam perjalanan kerjaya seni ini, Allah dah tentukan saya seorang pelakon yang polular masa itu.
Bayangkan saya punya kejutan budaya ketika itu macam mana?
Isteri saya pada ketika itu macam mana?
Sebab saya ada girl friend ramai.
Tiba-tiba saya mula sedar apa yang saya buat ini salah.
Sebab isteri saya sangat baik, tak ada complain walaupun semua orang tengah bergosip tentang saya.
Kekuatan teruskan hidup

Bagi Jalaluddin, detik itu menjadi titik perubahan apabila dia mengambil keputusan untuk menghentikan segala perbuatan yang boleh melukakan hati isterinya.
Saya fikir kena hentikan semua ini.
Lepas dari itu, saya cakap dengan arwah isteri, ‘saya tahu saya lukakan hati awak, jadi mulai hari ini saya akan berubah, jaga awak dan perasaan awak’.
Dan semua ini saya buat sampai isteri saya meninggal.
Saya betul-betul belajar menghormati dan menghargai seorang isteri.
Ujarnya lagi, pemergian arwah isterinya memberi kesan yang sangat mendalam sehingga dia terpaksa melalui tempoh yang sukar dalam hidupnya.
Bagaimanapun, dia bersyukur apabila takdir menemukan dirinya dengan pasangan baharu yang memberinya kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Bila isteri saya meninggal, saya macam orang gila.
Kemudian saya ditakdirkan bertemu dengan isteri baharu, jadi saya ada kekuatan itu.
Dan sejak dari itu, saya akan bersama isteri kemana sahaja saya pergi.
Sumber: TikTok Studio Sembang
The post [VIDEO] ‘Isteri Saya Baik, Tak Ada Complain Walaupun Orang Bergosip Tentang Saya’ – Jalaluddin Hassan first appeared on OHBULAN!.



#jomsembang 

