31 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Peruntukan pembangkang: Biar PH rasa di Negeri Sembilan’

    Shopee Sale

    PAS menggambarkan pentadbiran baru Negeri Sembilan pimpinan Umno sekadar mencontohi layanan PH terhadap wakil pembangkang.

    Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan gabungan Madani bahawa PH mungkin menerima layanan sama apabila keadaan berubah.

    “Oleh kerana penubuhan kerajaan negeri di Negeri Sembilan tiada kaitan dengan semangat kerajaan Madani di peringkat persekutuan, elok juga kerajaan negeri mempertimbangkan untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kepada Adun-Adun pembangkang di Negeri Sembilan.

    "Salurkan terus kepada rakyat sebagaimana amalan Madani di Pusat. Ok ke begitu?

    “Penyokong-penyokong PH tentu akan beri sokongan padu terhadap cadangan ini,” sindir ahli parlimen Pasir Mas itu.

    Hantaran Fadhli dibuat ketika tercetus pertikaian antara kepimpinan Negeri Sembilan dan Adun PH berhubung peruntukan awal kawasan yang diterima mereka sehari sebelum Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 5 Jun.

    Ketika menjadi pembangkang, antara janji utama pilihan raya PH untuk memberikan peruntukan pembangunan kawasan sama rata kepada semua ahli parlimen.

    Walaupun Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-10 pada 2022 dengan julukan "bapa reformasi" namun janji itu masih belum ditunaikan.

    Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim.

    Isu berkenaan terus menjadi duri dalam daging bagi pembangkang yang membangkitkannya dalam hampir setiap persidangan Dewan Rakyat.

    Pada Rabu, Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim mengarahkan 17 bekas dan Adun PH semasa serta dua penyelaras kawasan memulangkan peruntukan bagi tempoh Julai hingga September.

    Susulan itu, sekumpulan enam wakil PH mempersoalkan arahan berkenaan dengan berkata kebanyakan mereka sudah menyalurkan dana tersebut kepada rakyat menerusi pelbagai saluran.

    Kumpulan itu turut menegaskan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana peruntukan awal berkenaan diluluskan secara sah oleh exco kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Jun.

    Adun PH Negeri Sembilan.

    Pada 18 Ogos, DAP menggesa Anwar menunaikan janji PH untuk memberikan peruntukan pembangunan kawasan sama rata kepada semua ahli parlimen.

    MENARIK:  Gempa bumi bermagnitud 6.0 landa Laut Maluku, tiada ancaman tsunami

    Pada 7 Ogos, Anwar mengulangi pendirian bahawa jika seseorang ahli parlimen berada dalam blok pembangkang, kerajaan akan menyalurkan dana terus kepada rakyat dan bukannya menerusi wakil rakyat yang dipilih.

    Kerajaan turut membatalkan penyaluran peruntukan Parlimen secara langsung kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail, kedua-duanya daripada PKR, serta Ahli Parlimen Subang ketika itu, Wong Chen, yang merupakan anggota PKR pada waktu berkenaan. Ketiga-tiga mereka dilihat tidak sehaluan dengan kerajaan.

    Penyelaras kemudian dilantik untuk mengawasi pengagihan dana berkenaan, sekali gus mengundang kritikan. Wong selepas itu meninggalkan PKR dan menyertai Bersama.

    Pada Jun, jurucakap kerajaan merangkap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sekatan itu tidak dikenakan secara sewenang-wenangnya dan penduduk di kawasan terjejas masih boleh memohon bantuan secara langsung menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), yang menyelia pengurusan peruntukan berkenaan.

    Awal bulan ini, dia menafikan dakwaan wujud layanan dua darjat dengan berkata dana itu merupakan peruntukan khas di bawah budi bicara perdana menteri dan ditujukan kepada penduduk kawasan, bukannya ahli parlimen secara individu.

    Sebagai maklum balas, lima ahli parlimen PKR mengingatkan Anwar bahawa Malaysia dan wang awam bukan miliknya, selain menuduh kerajaan mengetepikan wakil rakyat yang dipilih sambil membenarkan penyelaras yang tidak dipilih menguruskan dana kawasan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah