34 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Optimis Dengan Dusta Sebuah Cinta, Jaja Ishak Yakin Single Pertama Hadie Elfardie Boleh Pergi Lebih Jauh

    Shopee Sale

    Penerbit Jaja Ishak optimis single pertama nyanyian Hadie Elfardie berjudul Dusta Sebuah Cinta mampu mencipta fenomena sepanjang tahun ini sehingga 2027.

    Jaja yang turut bertindak sebagai komposer dan penulis lirik lagu berkenaan berkata, sambutan awal yang diterima cukup memberangsangkan meskipun promosi secara besar-besaran masih belum dilakukan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hadie Elfardie Terima Tawaran Berlakon Jaja Ishak, Ina Naim Pantau Dengan Syarat – ‘Tiada Adegan Datangkan Fitnah’

    ARTIKEL BERKAITAN: Jaja Ishak Tak Kisah Dituduh Tumpang Populariti Hadie, Ammar & Auddra

    200,000 Tontonan Di YouTube Music

    Menurut Jaja, Dusta Sebuah Cinta yang dilancarkan kira-kira dua minggu lalu sudah mencatat sekitar 200,000 tontonan di YouTube Music selain mula mendapat perhatian pengguna TikTok.

    View this post on Instagram

    A post shared by Hadie FC (@hadiefc)

    “Alhamdulillah, Hadie mempunyai kelompok peminat yang sangat kuat. Setiap hari saya nampak lagu ini digunakan di TikTok sebagai muzik latar untuk pelbagai perkongsian, sama ada gambar, video atau kisah kehidupan mereka.

    “Walaupun setakat ini kami hanya keluarkan video yang ringkas dan muzik video rasmi masih belum dilancarkan, sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan. Saya percaya lagu ini masih boleh pergi lebih jauh,” katanya.

    Jaja berkata, muzik video rasmi Dusta Sebuah Cinta sudah selesai menjalani proses penggambaran dan kini berada pada peringkat akhir penyuntingan sebelum dijadualkan dilancarkan pada 28 Ogos.

    MENARIK:  [VIDEO] Imran Brad Kecewa Kerana Orang Korea Mudah Dapat Peluang Kerja Di Malaysia

    Tepis Komen Negatif Kerana Penerimaan Subjektif

    Dalam pada itu, Jaja tidak menafikan terdapat segelintir komen yang merasakan lagu tersebut kurang kuat atau tidak sesuai untuk melonjakkan nama Hadie.

    Bagaimanapun katanya, penerimaan terhadap sesebuah karya muzik adalah subjektif dan dia menghormati setiap pandangan yang diberikan.

    “Memang ada satu atau dua peratus yang rasa lagu ini tidak cukup kuat atau mungkin tidak mampu membawa nama Hadie lebih jauh. Bagi saya, itu pendapat masing-masing dan kejayaan sesebuah lagu memang subjektif.

    “Saya tetap percaya usaha yang dilakukan akan memberikan hasil. Insya-Allah, saya yakin Dusta Sebuah Cinta mampu menjadi antara lagu fenomena untuk 2026 dan 2027,” katanya.

    Hadie merupakan anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim serta pernah muncul sebagai pemenang tempat keempat program realiti Talk To My Manager musim pertama.

    The post Optimis Dengan Dusta Sebuah Cinta, Jaja Ishak Yakin Single Pertama Hadie Elfardie Boleh Pergi Lebih Jauh first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah