34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Fakhru Shah tampil menegur pempengaruh Shafiq Nizam atau lebih dikenali sebagai Capik Lalat yang kini menjadi bualan di media sosial susulan kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri.

    MENARIK:  [VIDEO] Sudah Bolot Dua Anugerah Di Peringkat Antarabangsa, Azira Shafinaz Anggap Belum Rezeki Diiktiraf Di Malaysia

    Artikel Berkaitan: ‘Siapa Lebih Menyesal Dalam Perkahwinan?’ – Peguam Syarie Risau Nasib Rumah Tangga Generasi Akan Datang

    Pilih suami yang jaga hubungan dengan Allah

    " data-video-id="7679024957673835796" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @armyy647

    Pesanan dan Nasihat Kepada Suami Yang Jenis Suka Pukul Perempuan.. #solat5waktujanganditinggal #suamiistri #pasangan

    ♬ original sound – DNP – DNP

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Fakhru memetik kenyataan Capik Lalat yang mengakui pernah memukul bekas isterinya sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas berkahwin.

    Tegas Fakhru, wanita perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup dan mengutamakan lelaki yang mampu mengawal emosi.

    Kalau nak cari pasangan, jangan cari yang jenis ringan tangan. Jenis yang suka pukul.

    Lelaki begini adalah dayus. Nak tegur isteri tak salah sekirnya dia membuat kesalahan.

    Dalam pada itu, Fakhru turut mengingatkan mengenai tiga ajaran Nabi Muhammad SAW dalam menegur isteri apabila melakukan kesalahan.

    Yang pertama nabi ajar, dengan teguran. Jika tak jalan, baru kita pisahkan tempat tidur.

    Kalau masih tiada perubahan, baru kita pukul. Tapi pukul sepertimana nabi ajarkan kepada kita.

    Pukulan yang tidak mencederakan, yang tidak memudaratkan isteri.

    Imbas kembali, kemelut rumah tangga Capik Lalat bersama bekas isteri menjadi perhatian ramai selepas kedua-duanya dilihat saling berbalas kenyataan menerusi media sosial.

    Selain itu, Capik Lalat turut berkongsi beberapa sebab yang mendorongnya nekad untuk berpisah termasuk mendakwa bekas isterinya sebagai seorang yang pemalas dan pengotor.

    Sumber: TikTok @Fakhru_Shah98

    The post [VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah