27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Peluru Senja’ Gabung Sejarah & Thriller Aksi, Bawa Penonton Kembali Ke Tanah Melayu 1948

    Shopee Sale

    Filem drama perang berlatarkan sejarah, Peluru Senja (The Ghost & the Gun), bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 28 Ogos ini, bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

    Peluru Senja

    Diarahkan Anshul Tiwari, filem yang menampilkan barisan pelakon dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, United Kingdom dan Amerika Syarikat itu mengambil latar Tanah Melayu pada 1948.

    Filem ini mengisahkan seorang askar Tanah Melayu dan seorang askar British yang terpisah daripada pasukan masing-masing ketika pengunduran tentera British.

    Dalam keadaan dihimpit trauma peperangan, kedua-duanya terpaksa mengetepikan perbezaan dan bekerjasama apabila sebuah perkampungan berdepan ancaman kumpulan bersenjata.

    Menurut pengarahnya, Anshul Tiwari, walaupun filem berkenaan merupakan karya fiksyen sejarah, aspek ketepatan sejarah tetap menjadi keutamaan bagi memastikan gambaran Tanah Melayu pada 1948 disampaikan dengan penuh tanggungjawab.

    Latar belakang saya dalam pembikinan dokumentari menjadikan ketepatan sejarah sebagai antara perkara paling penting dalam menghasilkan filem ini.

    Setiap perincian perlu bersandarkan fakta bagi menghormati sensitiviti sejarah Tanah Melayu, tanpa membiarkan kebebasan kreatif memesongkan sejarah.

    Pelakon Indonesia, Asmara Abigail pula berkata, Peluru Senja tidak mahu dilihat sebagai sebuah filem sejarah yang sarat dengan fakta semata-mata, sebaliknya menggabungkan elemen thriller aksi bagi menjadikannya lebih menarik kepada penonton masa kini.

    Kami tidak mahu Peluru Senja terasa seperti pelajaran sejarah yang membosankan.

    Walaupun berlatar tahun 1948, filem ini digerakkan dengan rentak sebuah thriller aksi moden.

    Selain Hazman Al-Idrus dan Fabian Loo, filem ini turut menampilkan Asmara Abigail serta pelakon Amerika Syarikat, Brett Tutor.

    MENARIK:  Selepas Pemergian Ibu, Dah 11 Tahun Shiqin Kamal Berjubah Hitam Di Pagi Syawal – ‘Sebab Untuk Saya Beraya Pun Tak Ada’

    Sementara itu, Hazman menyifatkan tayangan filem berkenaan sempena sambutan Hari Kebangsaan sebagai sesuatu yang bermakna, terutama dalam usaha mendekatkan generasi muda dengan sejarah dari sudut yang lebih manusiawi.

    Hari Kebangsaan adalah tentang menghargai kebebasan yang kita nikmati, tetapi Peluru Senja mengajak kita mengingati harga yang perlu dibayar untuk mencapainya.

    Kami mahu generasi muda melihat lebih daripada sekadar tarikh dalam buku teks dan memahami sisi kemanusiaan di sebalik sejarah kita.

    Dalam usaha menghasilkan gambaran Tanah Melayu pada 1948 dengan lebih realistik, produksi menjalankan penyelidikan terperinci termasuk merujuk artifak dan bahan visual dari muzium perang serta galeri nasional.

    Set perkampungan dan kem pemberontak turut dibina khas, manakala kostum, senjata dan elemen produksi lain disesuaikan dengan latar zaman.

    Peluru Senja (The Ghost & the Gun) merupakan hasil kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, dengan MSK Cinemas Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi di Malaysia.

    Filem ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2026.

    The post ‘Peluru Senja’ Gabung Sejarah & Thriller Aksi, Bawa Penonton Kembali Ke Tanah Melayu 1948 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah