Pempengaruh media sosial, Farah Dina gagal menahan sebak selepas menerima wang tunai berjumlah RM30,000 daripada usahawan terkenal, Anas Zahrin dan Afzaliza Hazizan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’
Rezeki Farah

Pemberian wang tersebut merupakan tanda penghargaan kepada Farah atas bantuannya sepanjang mengendalikan sesi siaran langsung bagi mempromosikan dan menjual produk di TikTok.
Terharu dengan kejutan itu, Farah mengakui pengalaman tersebut cukup bermakna buat dirinya, malah merancang menggunakan wang berkenaan untuk membeli kenderaan baharu demi keselesaan ibunya.
Terima kasih abang Anas dan kak Liza sebab sentiasa support Farah. Ini pengalaman baharu untuk saya menjadi live host untuk jenama terkenal.
Rupanya memang penat jadi live host jual barang di TikTok. Saya sangat bangga lihat live host yang lain. Insya-Allah duit ini akan saya gunakan untuk beli kereta baharu. Terima kasih abang Anas dan kak Liza.
Sepanjang sesi siaran langsung yang dibantu oleh Farah itu, Anas memaklumkan dia bersama pasukannya berjaya merekodkan hasil jualan melebihi RM1 juta dalam tempoh hanya satu hari.
Sumber: Threads
The post Farah Dina Sebak Terima Gaji RM30,000 Daripada Anas Zahrin & Liza Hazizan… Niat Nak Beli Kereta Baru Untuk Ibu first appeared on OHBULAN!.





