33.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amanat Perdana Hari Kebangsaan dipindahkan ke tempat tertutup kerana jerebu

    Shopee Sale

    Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad akan dipindahkan dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya susulan keadaan jerebu ketika ini.

    Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat sebagai langkah penyesuaian mengambil kira perkembangan semasa, khususnya bagi memastikan keselamatan, kesihatan serta keselesaan tetamu dan orang ramai di samping menjamin kelancaran pelaksanaan majlis.

    “Pemindahan lokasi ini tidak menjejaskan pengisian dan semangat sambutan Hari Kebangsaan 2026, sebaliknya merupakan langkah bertanggungjawab bagi memastikan majlis dapat dilaksanakan dalam persekitaran yang lebih terkawal dan selesa.

    MENARIK:  Polis tahan lelaki OKU cuba culik kanak-kanak

    “Kerajaan akan terus memantau keadaan jerebu dan perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

    Dalam pada itu, kenyataan tersebut memaklumkan keputusan berkaitan pelaksanaan acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 akan ditentukan berdasarkan penilaian keadaan semasa serta nasihat dan pandangan pihak Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia.

    “Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap situasi terkini keadaan jerebu serta mendapatkan maklumat dan nasihat kesihatan melalui saluran rasmi KKM,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah