
Pempengaruh media sosial, Mek Yun meraih perhatian netizen apabila dia berkongsi pengalaman berpuasa untuk tahun ini.
Puasa dengan keluarga
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee dilihat bersahur bersama ibunya bagi persediaan untuk berpuasa.
Menurutnya, dia teruja untuk berpuasa kali ini kerana bersama ibunya.
Sekarang pukul 5.36 pagi.
Mek Yun excited sebab nak try puasa dengan mak.
Walau bagaimanapun, usaha pempengaruh berusia 27 tahun itu untuk berpuasa penuh akhirnya tewas pada jam 4.30 petang.
Netizen puji




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Mek Yun untuk cuba berpuasa walaupun bukan satu kewajipan untuk agamanya. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Mek Yun sekeluarga diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam.





