30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Isteri Fizo Omar Jawab Persoalan Netizen Mengapa Suka Bersenam – ‘Bukan Untuk Cantik Atau Kurus’

    Shopee Sale



    fazeera

    Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menjelaskan tentang kepentingan bersenam kepada kesihatan diri.

    Bukan untuk kurus

    " data-video-id="7379508036638969089" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @fezyranesry

    Move more, stress less. Exercise isn’t just about sculpting the body. It’s about nurturing the mind, energizing the spirit, and embracing vitality ?

    ? original sound – fezyranesry – fezyranesry

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Fazeera berkata dia sering dihujani dengan pertanyaan mengapakah dia masih bersenam sedangkan sudah memiliki berat badan yang ideal.

    Sebenarnya matlamat saya bukanlah sekadar untuk mendapatkan berat badan ideal walaupun ia adalah satu bonus untuk memberi keyakinan kepada diri. Namun itu bukanlah sebab mengapa saya bersenam.

    Matlamat saya bukan untuk cantik, bukan untuk kurus tapi banyak lagi sebab mengapa kita perlu bersenam dan kenapa kita kena normalisasikan gaya hidup sihat.

    Menurut Fazeera, dia telah melakukan senaman secara kosisten selama hampir dua tahun.

    Dalam pada itu, isteri kepada pelakon filem Kongsi tersebut berkata, dengan bersenam ia memberi impak yang baik kepada fizikal dan mental seseorang.

    Saya perasan metabolism saya meningkat, daya tahan diri dan stamina saya juga semakin baik. Saya berasa bertenaga setiap hari.

    Salah satu sebabnya adalah bersenam bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal kita tapi terbukti secara saintifik ianya memberi kesan baik kepada kesihatan mental supaya berada dalam keadaan yang stabil.

    Ia juga meningkatkan keyakinan kita. Bila ada keyakinan, kita akan menyayangi diri sendiri.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Fazeera dan memuji kecantikannya yang semula jadi.

    MENARIK:  Rita Rudaini Sokong Raja Azura Pertahankan Nafkah Cahaya Mata – ‘Kalau Anak Tak Peduli, Tuduh Mak Yang Hasut’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah