30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rita Rudaini Sokong Raja Azura Pertahankan Nafkah Cahaya Mata – ‘Kalau Anak Tak Peduli, Tuduh Mak Yang Hasut’

    Shopee Sale

    Pelakon Rita Rudaini menyatakan sokongannya terhadap selebriti Raja Azura yang bertindak menuntut nafkah anak-anaknya meskipun selepas 15 tahun bercerai.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Redha Dengan Segala Penghinaan & Penganiayaan Ke Atas Kami Selama Ini’ – Rita Rudaini

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Seorang Yang Tanggung Mereka, Segala-Galanya Saya Rempuh Sahaja’ – Rita Rudaini

    Sokongan Rita

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, menegaskan tentang kepentingan nafkah anak-anak yang merupakan tanggungjawab wajib perlu dilaksanakan.

    Saya sokong penuh. Nafkah anak bukan soal masa, tapi tanggungjawab dan tanggungjawab tiada tarikh luput.

    Benda macam ini tak pernah ada kesudahan, habis duit turun naik mahkamah tapi tiada apa-apa yang berlaku.

    Akhirnya, kami ibu-ibu tungggal tetap kena teruskan tapi hutang tetap hutang.

    Kesan kepada anak

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Mami Jarum ini turut menekankan tentang kesan yang perlu dihadapi jika seorang bapa culas dalam memberi nafkah terhadap anak-anak.

    Nanti tua, dah sakit sibuk nak salam lah, nak peluk lah, nak minta duit dekat anak lah.

    Lepastu kalau anak tak peduli, tuduh mak hasut anak, anak derhaka..shame on you!

    Terdahulu, Raja Azura memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan penghakiman mengenai nafkah tiga orang anaknya daripada bekas suaimi, Adzmin Othman.

    MENARIK:  ‘Saya Belum Fikir Soal Jodoh, Jadual Kerja Tengah Padat Sekarang’ – Ira Kazar

    Menurutnya, dia hanya mahu anak-anak mendapatkan hak dan bukanlah berniat untuk berbalah.

    Sumber: IGs Rita Rudaini

    The post Rita Rudaini Sokong Raja Azura Pertahankan Nafkah Cahaya Mata – ‘Kalau Anak Tak Peduli, Tuduh Mak Yang Hasut’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah