Pelakon dan usahawan, Fazura meluahkan rasa bangga terhadap anak sulungnya, Nur Fatima Aisya yang berjaya mempersembahkan tarian tradisi semasa Hari Kebudayaan Sekolah pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tayang Kemewahan, Gaya Hidup Fazura Dipuji Netizen – ‘Kaya & Humble’
Bangga dengan fatima

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, memuji Fatima kerana usahanya membuahkan hasil selepas menunjukkan tarian dengan baik di hadapan orang ramai.
Orang biasa, termasuk saya sendiri pun mungkin dah gugup atau lupa langkah dekat atas pentas, sebab saya tahu perform depan ramai orang tu boleh buat kita gementar sangat.
Kamu memang hebat sangat!
Sementara itu, bekas isteri kepada pelakon kacak, Fattah Amin juga berkata dia bangga melihat Fatima yang semakin matang pada ketika ini.
Fazura juga berjanji akan terus bekerja keras untuk melihat kebahagiaan Fatima.
Sebagai seorang ibu, saya lagi bangga dengan keberanian, kebijaksanaan dan berdikari yang kamu tunjuk hari-hari.
Semua itu buat saya sendiri rasa lebih kuat dan percaya yang kita berdua boleh jalani hidup ini dengan lebih bahagia, walaupun cuma kita berdua sahaja.
‘Sayang Fatima’

Dalam pada itu, Fazura juga berharap Fatima akan sentiasa mengingatinya dalam apa jua keadaan di dalam hidupnya.
Saya harap kamu tahu dan akan sentiasa ingat yang saya ada untuk kamu dan akan tetap ada tidak kira apa pun yang terjadi.
Ke mana pun kamu pergi, walau hidup bawa kamu jauh mana sekalipun, ingat, saya lah ‘rumah’ kamu, tempat kamu boleh pulang bila-bila masa.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Fazura Bangga Fatima Berani Buat Persembahan Depan Ramai Orang – ‘Saya Akan Sentiasa Ada Untuk Dia’ first appeared on OHBULAN!.





