28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pak Nil Lancar Tabung Bantuan Buat Anak Amyza Aznan – ‘Wang 100% Untuk Perubatan & Saraan Adrian Adam’

    Shopee Sale

    Pengacara terkenal, Aznil Hj Nawawi sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil melancarkan tabung bantuan kilat buat anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam.

    Artikel Berkaitan: ‘Setiap Hari Saya Pergi Kubur Arwah… Hujan Pun Pergi, Nak Hilangkan Rindu’ – Amyza Aznan

    Artikel Berkaitan: Selepas 30 Minit Muncul Atas Pentas, Anak Amyza Aznan Dilamar Komposer Untuk Ada Lagu Sendiri

    Pak Nil lancar tabung bantuan

    Menerusi satu hantaran di Threads, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil memaklumkan bahawa inisiatif tersebut diwujudkan bagi membantu meringankan beban kos perubatan serta keperluan harian Adrian.

    Sama seperti Paknil lakukan untuk tabung bantuan untuk Zamani dan Allahyarham Ibnor Riza sebelum ini.

    Paknil sudah kosongkan akaun peribadi Paknil dan dapat kelulusan dari Maybank untuk mengumpul dana kilat untuk Adrian Adam.

    Ujar Aznil lagi, kesemua wang yang disalurkan akan digunakan sepenuhnya bagi menampung kos perubatan serta keperluan Adrian.

    Segala wang yang masuk ke dalam akaun yang kosong ini mulai saat ini adalah untuk tujuan perubatan dan saraan Adrian Adam 100%.

    Sementara itu, Aznil turut berkongsi tangkap layar aplikasi perbankannya yang memaparkan baki akaun sebelum kutipan dimulakan.

    MENARIK:  ‘Thank You To My Ex, Berikan Inspirasi & Idea Untuk Saya Menulis Lagu’ – Aina Abdul

    Dalam masa sama, Aznil berkata dia akan berkongsi perkembangan serta jumlah kutipan dari semasa ke semasa menerusi Instagram Story.

    Tabung ini dibuka untuk selama satu minggu sehingga 27 Mei 2026.

    Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim Paknil lancarkan Tabung Bantuan untuk Adrian Adam.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keprihatinan dan inisiatif yang dilakukan Aznil. Mereka turut menitipkan doa agar Adrian diberi kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan.

    Sumber: Threads Aznil Nawawi

    The post Pak Nil Lancar Tabung Bantuan Buat Anak Amyza Aznan – ‘Wang 100% Untuk Perubatan & Saraan Adrian Adam’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah