30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan selesa terima anugerah tapi bisu’ – PAS selar Adun, Exco DAP

    Shopee Sale

    Pemuda PAS Selangor membidas sikap Adun Seri Kembangan. Wong Siew Ki daripada DAP serta exco kerajaan negeri Ng Suee Lim yang didakwa mendiamkan diri ketika institusi diraja Selangor sedang diasak secara terbuka.

    Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar mempersoalkan keengganan Ng untuk mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mempertahankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan tindakan pemimpin kanan partinya termasuk Tony Pua dan bekas pemimpin parti itu, Ronnie Liu sebelum ini.

    "Dato’ itu bukan sekadar gelaran untuk ditulis di depan nama, tetapi lambang penghormatan dan pengiktirafan daripada institusi diraja negeri.

    "Bila institusi yang menganugerahkan darjah kebesaran diasak dan dipersoalkan secara terbuka, sekurang-kurangnya tampilkan pendirian yang jelas dan bermaruah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Ng yang juga Adun Sekinchan dikurniakan Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2023 bersempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78.

    Kontroversi tercetus bulan lalu, semasa perbahasan titah diraja di Dewan Undangan Negeri Selangor, apabila Wong menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan sistem penternakan babi moden dan menyatakan bahawa isu itu menyentuh hak kesaksamaan bawah Perlembagaan Persekutuan.

    Dia kemudian dituduh "biadab dan derhaka" kerana mengingkari titah Sultan Selangor yang berpendirian tegas tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor.

    MENARIK:  Isu kemasukan IPTA: Wee cuba tegakkan benang basah - Pemuda Umno Pahang

    Isu itu semakin panas apabila selepas Sultan Selangor pada 19 Mei lalu menasihatkan semua wakil rakyat, khususnya Wong dan bekas pemimpin DAP Ronnie Liu membaca Rukun Negara.

    Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua kemudian menambahkan kehangatan berkaitan isu dengan membuat hantaran di media sosial dengan berkata dalam sistem raja berperlembagaan, kuasa raja terhad kepada adat resam Melayu-Islam serta perananan perlembagaan seperti pelantikan menteri besar serta kelulusan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

    “Kita tidak hidup dalam sistem yang raja boleh mengeluarkan titah perintah yang mengikat bagi menggubal semua aspek kehidupan kita,” katanya yang mencetuskan kemarahan parti dan kumpulan Melayu / Islam.

    Mengulas lanjut, Mohamed Sukri menegaskan bahawa rasa hormat kepada sistem Raja Berperlembagaan sepatutnya dibuktikan menerusi tindakan yang jelas, bukannya dengan memilih untuk berdiam diri apabila penghinaan berlaku.

    Katanya, seluruh rakyat kini sedang memerhatikan tindak-tanduk para pimpinan kerajaan negeri dalam mendepani isu melibatkan maruah istana.

    "Rakyat sedang memerhati. Jangan sampai rakyat melihat ada pihak hanya selesa menerima anugerah, tetapi terlalu sukar mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya," tambah Mohamed Sukri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah