32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis Sabah tumpaskan sindiket kad pengenalan palsu, 9 ditahan

    Shopee Sale

    Polis menumpaskan kegiatan sindiket pengurusan permohonan kad pengenalan palsu di Sabah hasil penahanan sembilan individu dalam Op Pugo yang dilaksanakan selama enam hari sejak 7 Mei lalu.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata semua mereka - termasuk empat wanita - terdiri daripada lima warga Filipina dan empat warga Indonesia berusia lingkungan 36 hingga 61 tahun.

    “Hasil operasi, polis merampas pelbagai dokumen dan peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan penipuan membabitkan permohonan MyKad.

    "Antaranya 85 keping pelbagai dokumen permohonan MyKad, 54 keping salinan kad pengenalan dan 45 keping salinan dokumen pemohon MyKad.

    "Turut dirampas 24 gambar pemohon serta 10 set dokumen bertulis Program Khas Penempatan, salinan sijil lahir (sembilan), sijil lahir asal (enam), salinan pasport pelbagai nama (tujuh), telefon bimbit pelbagai jenama (tujuh), kad pengenalan palsu (lima) serta tiga cap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

    MENARIK:  ULASAN | Mancatur harapan akhir tahun di Hangzhou

    Operasi itu, kata Jauteh, dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang wanita berusia 30 tahun pada 13 Mac lalu yang mendakwa kerugian RM20,000 selepas semakan mendapati tiada sebarang rekod permohonan kad pengenalan atas namanya diterima di JPN.

    Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.

    Dia berkata siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah