28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syatilla Melvin Beri Amaran, Tak Rela Syida Melvin Dianiaya – ‘Kau Ada Siapa? Bonding Kami Terlalu Luar Biasa’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin tampil memberikan amaran kepada seorang individu berinisial SS yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap adiknya, Syida Melvin.

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Duduk Rumah Kelamin Tapi 2 Bulan Tak Bayar, Aku & Anak-Anak Tinggal Merata Rumah Keluarga’ – Syida Melvin

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Memilih Untuk Terus Bertahan Dalam Penderitaan’ – Syida Melvin Titip Nasihat Buat Para Wanita

    Ada sistem sokongan kuat

    Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, menegaskan adiknya mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat dan tidak akan dibiarkan menghadapi kemelut tersebut sendirian.

    Mangsa gangguan personaliti narsisistik (NPD) (Syida) kali ini mempunyai sistem sokongan yang amat dahsyat! Awak ada siapa?

    Saya rasa orang luar pun tahu macam mana rapatnya kami adik-beradik.

    Malah, Syatilla berkata Syida juga mempunyai kekuatan mental yang kuat dan tidak akan sesekali hilang kewarasan hanya kerana berdepan dengan individu narsistik.

    Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut memberi peringatan agar individu terbabit berfikir panjang sebelum berniat untuk menyakiti atau menganiaya adiknya lebih jauh.

    Kalau orang lain mungkin dah gila tapi adik saya takkan gila sebab dia tahu tak berbaloi langsung.

    Dia tahu kakak-kakak dia akan memperjuangkan untuk dia dan anak-anaknya.

    Jadi, minta berfikir banyak kali ini sebelum nak aniaya dia.

    Kata Syatilla, dia sememangnya bukan seseorang yang suka mencampuri urusan rumah tangga orang lain, namun baginya, kes NPD merupakan satu pengecualian.

    Kalau melibatkan benda lain saya memang tidak kuasa nak campur hal rumah tangga orang tapi NPD kes yang istimewa.

    Darah daging aku tu. Awak silap sebab bonding kami adik-beradik terlalu luar biasa.

    Sebelum ini Syida meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya dizalimi oleh seorang individu berinisial SS yang dipercayai merujuk kepada suaminya.

    MENARIK:  Tragedi: Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Selepas Ditinggalkan dalam Kereta di Parkir Hospital selama 4 Jam

    Sumber: Instagram

    The post Syatilla Melvin Beri Amaran, Tak Rela Syida Melvin Dianiaya – ‘Kau Ada Siapa? Bonding Kami Terlalu Luar Biasa’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah