30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fahrin Ahmad Bawa Bekas Sendiri ‘Tapau’ Lebihan Makanan Di Set Penggambaran Bikin Terhibur

    Shopee Sale

    Gelagat pengacara dan pelakon, Fahrin Ahmad membawa bekas makanan untuk membungkus lebihan makanan di program Wanita Hari Ini mencuri perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Sempat Nak Cakap Yang Saya Sangat Sayang Dia’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fahrin Ahmad Gagal Tahan Sebak, Menangis Ketika ‘Live’ WHI Sebab Rindu Arwah Ibu

    Bawa bekas makanan

    Menerusi perkongsian di Threads, Fahrin, 46, berkongsi video memaparkan dirinya membawa bekas makanan ketika sesi penggambaran program itu.

    Dalam video itu juga menunjukkan Fahrin berselera menikmati hidangan yang disediakan.

    Pada kali ini, saya bawa bekas makanan tingkat sendiri dari rumah.

    Yelah, orang kata jangan membazir kalau banyak makanan, lebih-lebih lagi durian.

    Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat Fahrin. Malah, mereka juga menyokong tindakan pengacara itu membawa pulang makanan lebihan ketika sesi penggambaran.

    MENARIK:  5 Salah Faham Yang Orang Selalu Dengar Mengenai Konsep Co-Payment Dalam Insurans Takaful Perubatan & Kesihatan

    Bagi netizen itu merupakan salah satu tindakan yang boleh mengurangkan pembaziran makanan.

    Sesetengah mereka juga menyifatkan tindakan Fahrin sebagai gelagat comel kerana sanggup membawa bekal makanan untuk ‘tapau’ makanan.

    Komen netizen

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Fahrin Ahmad Bawa Bekas Sendiri ‘Tapau’ Lebihan Makanan Di Set Penggambaran Bikin Terhibur first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah