28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Duet Lagu ‘Tennessee Whiskey’, Cakra Khan Kagum Dengar Kehebatan Suara Azharina

    Shopee Sale



    Pertama kali digandingkan bersama, penyanyi popular dari Indonesia iaitu Cakra Khan meluahkan rasa kagum sebaik sahaja mendengar suara penyanyi, Azharina Azhar di majlis ulang tahun kelahiran Prof.Datuk Jimmy Choo, baru-baru ini.

    Persembahan yang memukau

    Menurut Cakra, Azharina memiliki kualiti suara yang sangat bagus. Tambah Cakra, dia teruja untuk menyanyi bersama pelantun suara ‘Realiti’ itu sebaik sahaja mendengar kelunakan suara dan kematangan vokal yang dimiliki oleh Azharina.

    Suara dia bagus. Ini pertama kali kami menyanyi bersama dan saya gembira berkongsi pentas dengannya (Azharina). Saya rasa ada chemistry semasa berduet, mungkin kami mempunyai tone suara yang seakan sama. Harap selepas ini kami akan bekerjasama lagi.

    Menurut Azharina pula, menyanyi bersama Cakra merupakan momen paling indah buat dirinya. Ini kerana, bukan semua suara penyanyi lelaki yang boleh sepadan dengannya.

    Sebagai penyanyi yang sudah lama berada di dalam industri seni, saya bersyukur kerana digandingkan dengan penyanyi hebat seperti Cakra. Lagu ‘Tennessee Whiskey’ bukan lagu yang mudah untuk dinyanyikan. Alhamdulillah, saya berjaya memberikan yang terbaik.

    Alang-alang berpeluang berduet dengan Cakra, sempat bertanya kepada Azharina sama ada mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu bersama pelantun suara ‘Kekasih Bayangan’ itu ataupun tidak pada masa akan datang.

    MENARIK:  Fazleena Hishamuddin Dedah Pernah Terima Bayaran Hanya RM500 – ‘Ini Adalah Satu Bentuk Manipulasi’

    Jelas Azharina, buat masa ini dia mempunyai perancangan mengenai perkara tersebut. Namun, dia memerlukan sedikit masa untuk memikirkan beberapa perkara sebelum merealisasikan hasrat tersebut.

    Siapa yang tak mahu nak buat lagu dengan Cakra? Sudah pasti ianya bermain di dalam fikiran saya. Doakan semoga saya ada rezeki.

    Berbicara lebih lanjut, Azharina meluahkan rasa syukur kerana persembahannya bersama Cakra mendapat pujian daripada tetamu yang hadir.

    Video


    Sekadar info, Selain Cakra dan Azharina, beberapa artis lain turut melakukan persembahan. Antaranya Aisha Retno, Fauziah Latif, Bella Astillah dan Datin Alyah. Pertunjukan fesyen dan barang kemas mewah Rafflesia turut diadakan sempena ulang tahun ke-30 jenama itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah