32.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Angka korban di Gaza meningkat kepada 73,420 sejak Okt 2023

    Shopee Sale

    Angka korban akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 73,420 orang, manakala 174,369 lagi cedera sejak 7 Okt 2023, menurut sumber perubatan di Semenanjung Gaza pada Ahad, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

    Sumber itu memaklumkan hospital di Gaza menerima satu jenazah dan lima rakyat Palestin yang cedera dalam tempoh 48 jam lepas.

    Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025, jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 1,286 orang, manakala 4,257 lagi cedera.

    Sebanyak 813 mayat rakyat Palestin turut ditemukan.

    MENARIK:  Video bincang rasuah: Zaid harap pemberi maklumat dilepaskan jika turut terlibat

    Pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa sejumlah mangsa masih terperanangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya, manakala pasukan ambulans dan penyelamat terus berdepan kesukaran untuk sampai ke lokasi serta membawa keluar mangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah