34.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nurel Baharin Tak Masuk Campur Urusan Perceraian Ibu Saudara & Hafiz Suip, Hormat Privasi Kedua Belah Pihak

    Shopee Sale



    Nurel Baharin

    Pelakon, Nurel Baharin enggan masuk campur urusan rumah tangga ibu saudaranya, Nureffy Jasreel Abdullah dan suami, penyanyi, Hafiz Suip.

    Tak mahu masuk campur

    Nurel Baharin

    Nurel atau nama lengkap Nurelyana Baharin, 23, berkata, dia hanya mendoakan yang terbaik untuk pasangan itu dan berharap isu perceraian membabitkan mereka menemui jalan penyelesaian.

    Saya mendoakan yang terbaik untuk mak cik (Nureffy Jasreel) saya, semoga urusanya sentiasa dipermudahkan.

    Tetapi saya tidak pernah tanya dia berkenaan isu tersebut, kerana saya menghormatinya.

    Kami pun jarang berjumpa, tidak silap saya kali terakhir jumpa adalah raya tahun lalu. Dia merupakan adik-beradik dengan ayah saya.

    Ada baca berita

    Nurel Baharin

    Mengakui ada membaca berita mengenai rumah tangga ibu saudaranya yang kini diambang perpisahan, Nurel mengambil pendekatan untuk tidak terlalu ambil tahu.

    MENARIK:  Mila Jirin: Waktunya Bella Memikirkan Diri Sendiri dan Mencari Kebahagiaan Sejati

    Katanya, biarlah segala kenyataan dibuat sendiri oleh tuan empunya badan apabila sudah tiba masanya.

    Saya ada baca berita berkenaan rumah tangganya, cuma saya tidak terlalu ingin ambil tahu.

    Apa pun biarlah segala cerita itu keluar dari mulut tuan badan sendiri apabila dia sudah bersedia.

    Terdahulu, teka-teki kemelut rumah tangga Hafiz dan isteri, Nureffy akhirnya terjawab apabila penyanyi itu memberitahu mereka kini dalam proses bercerai.

    Malah Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkata, dia dan Nureffy juga sedang berunding tentang hak penjagaan anak-anak jika mereka ditakdirkan tidak bersama lagi selepas ini.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah