29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Bingung Dihon Sepanjang Jalan KL Ke Melaka, Rupa-Rupanya Jadi Mangsa ‘Prank’ Birthday

    Shopee Sale

    Seorang lelaki meluahkan rasa hairan apabila kenderaannya menjadi sasaran pemandu lain yang membunyikan hon tanpa henti ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka.

    Artikel Berkaitan: Fasi Buat ‘Prank Birthday’ Mohon Maaf & Akui Kesilapan – ‘Kita Satu Keluarga, Semoga Minggu Orientasi Ini Jadi Kenangan’

    Prank birthday

    View on Threads

    Bercerita mengenai perkara itu, individu tersebut berkata sepanjang perjalanan, dia merasa pelik kerana kerap dihon oleh kenderaan lain, termasuk seorang pemandu Grab walaupun ketika itu keadaan jalan raya sedang lengang.

    Saya memang tak tahu apa hal sebenarnya. Dari KL sampai Melaka all the way ada orang hon saya pula.

    Saya tak tahu mereka lekatkan benda itu di belakang kereta saya.

    Tiga jam sampai melaka, jalan lengang, tiada kereta pun grab driver hon saya pula.

    Bagaimanapun, lelaki itu berkata misteri terjawab apabila rakannya meminta untuknya memeriksa belakang kenderaan miliknya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Rahsia Kami Akhirnya Terbongkar!’ – Intan Najuwa Dedah Kini Berbadan Dua

    Difahamkan, gurauan itu dilakukan oleh stafnya kerana mahu meraikan ulang tahun kelahirannya.

    Saya betul-betul pening. Sampai kedai makan, kawan saya suruh saya periksa kereta baru saya nampak.

    Apa-apa pun terima kasih.

    Sebelum ini, netizen berkenaan memuat naik video yang memaparkan dirinya membunyikan hon kepada sebuah kenderaan Alphard selepas melihat pelekat yang meminta orang ramai membunyikan hon sempena ulang tahun kelahiran pemandu.

    Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian ramai apabila segelintir netizen turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

    Sumber: Threads

    The post Lelaki Bingung Dihon Sepanjang Jalan KL Ke Melaka, Rupa-Rupanya Jadi Mangsa ‘Prank’ Birthday first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah