Segmen #TriviaXTRA kembali mendekati selebriti tempatan bagi membongkar sisi peribadi mereka yang mungkin jarang diketahui peminat.
Siapa sangka sebelum dikenali sebagai pelakon, Aiman Hakim Ridza pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang ustaz ketika masih kecil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aiman Hakim Ridza Nasihat Isteri – ‘Saya Tekankan Tentang Keperibadian, Bukan Semata-Mata Pemakaian’
Artikel Berkaitan: Aiman Hakim Ridza Anggap Babak Intim Tak Perlu Diselit Dalam Mana-Mana Karya – ‘Penonton Sekarang Makin Bijak’
Aiman Belajar Sendiri?
Menerusi segmen #TriviaXTRA minggu ini, Aiman berkongsi mengenai sisi dirinya yang mungkin tidak ramai tahu yang mendedahkan dia mula belajar membaca sendiri tanpa diajar secara khusus.
Saya belajar membaca sendiri tanpa diajar.
Menurut Aiman, prosesnya belajar membaca ketika kecil banyak bermula menerusi Iqra, sebelum dia mula memahami bunyi dan bentuk bacaan.
Pernah Ada Cita-Cita Nak Jadi Ustaz
Daripada situ, Aiman menyedari terdapat persamaan dalam cara dia mempelajari bacaan sehingga membolehkannya mula membaca bahan lain, termasuk buku-buku agama.
Dulu waktu kecil nak jadi ustaz sebab cara saya belajar membaca waktu kecil itu melalui Iqra, belajar bunyi bacaan jadi saya nampak persamaannya.
Selepas itu saya berjaya baca buku-buku agama macam sirah Nabi.
Menariknya, kisah-kisah mengenai para nabi yang dibacanya ketika kecil turut membuatkan imaginasi Aiman berkembang.
Dalam pemikirannya ketika itu, kelebihan dan mukjizat yang dimiliki para nabi dilihat seperti mempunyai ‘superpower’, sehingga membuatkannya mahu menjadi seperti mereka.
Waktu itu saya terdetik macam Nabi ada superpower, saya nak jadi macam itu. Jadi saya terfikir mungkin boleh bermula dengan jadi ustaz.
Walaupun akhirnya perjalanan hidup membawa Aiman ke dunia seni, kisah tersebut memperlihatkan bagaimana minat membaca sejak kecil sedikit sebanyak membentuk cara pemikirannya.
Kekok Bermain Dengan Kucing
Dalam pada itu, Aiman turut berkongsi satu lagi trivia mengenai dirinya apabila mengakui dia sebenarnya tidak begitu pandai melayan haiwan peliharaan khususnya kucing.
Saya tak berapa pandai melayan kucing.
The post #TriviaXTRA: Belajar Membaca Sendiri Sejak Kecil, Aiman Hakim Ridza Rupanya Pernah Nak Jadi Ustaz first appeared on OHBULAN!.





