30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dia Tak Pernah Sekalipun Tinggal Solat’ – Ridzokumura Syukur Dikurniakan Anak Seperti Sky

    Shopee Sale

    Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa syukur atas kurniaan seorang cahaya mata yang sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai umat Islam.

    Artikel Berkaitan: ‘Sky Tak Nak Tinggal Solat, Sebab Mahu Sentiasa Doakan Arwah Ibunya’ – Ridzokumura

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzokumura Kongsi Arwah Akiko Simpan Rapi Duit Raya Anak Sejak Umur Setahun – ‘Nanti Sky Boleh Tunaikan Haji’

    Tak tinggal solat

    View this post on Instagram

    A post shared by RidzOkumura Salon (@ridzokumura)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Ridzuan dilihat merakam momen anaknya, Sky Taizo Okumura yang sedang mendirikan solat.

    Ujar Ridzuan, Sky tidak pernah meninggalkan solatnya walau apa jua keadaan sekalipun.

    Alhamdulillah, walaupun Sky balik lambat dari sekolah, dia tak pernah sekali pun tinggalkan solatnya.

    Lima waktu penuh, tak pernah kurang, setiap hari dia tunaikan dengan penuh tertib.

    Hati saya rasa begitu syukur dan gembira memiliki anak sebaik ini, anak yang betul-betul bertuah.

    Dalam pada itu, Ridzuan yakin doa buat arwah isterinya iaitu Allahyarhamah Akiko Okumura sentiasa diselitkan dalam doa putera tunggalnya.

    Setiap kali selesai solat, saya tahu, dalam doanya pasti ada nama ibunya.

    Dia tak pernah lupa untuk mendoakan arwah ibunya.

    Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.

    MENARIK:  ‘Kalau Tanggungjawab Tak Ditunaikan, Untuk Apa Nak Simpan Saya Lagi?’ – Linda Hashim

    Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura.

    Sumber: Instagram @ridzokumura

    The post [VIDEO] ‘Dia Tak Pernah Sekalipun Tinggal Solat’ – Ridzokumura Syukur Dikurniakan Anak Seperti Sky first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah