34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dia Bukan Ditahan Di Penjara Tetapi Di Pusat Rehabilitasi’ – Apek Dedah Yassin Dah Hafal 20 Juzuk Al-Quran

    Shopee Sale



    Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek, memaklumkan bahawa sahabatnya, Yassin, yang sebelum ini dilaporkan ditahan di Arab Saudi, berada dalam keadaan baik dan dijangka pulang ke Malaysia sebelum Aidilfitri.

    ‘Dia tak pandai mana, tapi dia tak bodoh’

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff berkata sebelum ini mereka mengambil pendekatan berdiam diri demi menghormati keluarga Yassin.

    Namun, berdasarkan maklumat terkini daripada keluarga, Yassin bakal kembali ke tanah air dalam masa terdekat.

    Alhamdulillah kami lega apabila dapat tahu dengan lebih terperinci keadaan diri Yassin.

    Mungkin ada orang cakap saya double standard, bias untuk cover kawan-kawan tapi pada saya mudah sahaja. Saya dan Yassin sudah berkawan lama, mungkin dia tak pandai mana, tapi dia tak bodoh.

    Ahli kumpulan Senario ini juga meminta semua pihak agar menghentikan sebarang spekulasi mengenai Yassin dan menunggu kepulangan sahabatnya itu untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

    Kita tunggu tuan badan balik dan biar dia sendiri yang ceritakan kejadian sebenar yang berlaku sampai dia ditahan, Dia bukan ditahan di penjara tetapi di pusat pemulihan yang ada banyak fasiliti.

    Apek berkata demikian ketika ditemui  di majlis berbuka puasa bersama pelakon filem 6 Jilake yang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Rabu.

    ‘Tiada benda yang jadi kebetulan’

    Saiful Apek turut berkongsi berita menggembirakan bahawa Yassin kini telah menghafal sehingga 20 juzuk al-Quran sepanjang berada di tanah Arab Saudi.

    Alhamdulillah saya lega dia berada dalam keadaan yang baik. Dia pun dah hafaz Al-Quran 20 juzuk al-Quran kerana dapat kursus percuma di sana.

    Tiada benda yang jadi kebetulan, jadi kita doa yang baik-baik.

    Dalam pada itu, Apek memberitahu bahawa dia sempat berhubung dengan Yassin menerusi panggilan video di aplikasi Zoom.

    Berat badan dia pun dah naik, dulu saiz S sekarang dah saiz M.

    Ditanya sama ada Yassin mengalami masalah kewangan sepanjang berada di sana, Apek memaklumkan segalanya telah diurus dengan baik.

    Kami ini sudah lama bersahabat dan kami memang ada berkongsi rezeki menyediakan keperluan dia sana.

    Saya rasa kalau saya sendiri ditimpa musibah pun, pasti sahabat-sahabat saya akan buat perkara sama Inilah gunanya sahabat.

    Cuma tiada lah masalah kewangan yang kritikal sepanjang dia berada di sana.

    Sebelum ini media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

    MENARIK:  Aqasha Lontar Dialog ‘Aku Adalah Allah’, Netizen Mohon Erma Fatima Bertanggungjawab

    Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu bermula November lalu.

    Sumber dilapor berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah