Ibu mentua kepada Allahyarham penyanyi Siti Sarah iaitu Salamiah Jalani masih menyimpan mesej terakhir bersama arwah sebagai kenangan.
Artikel Berkaitan: Individu Kenang Kebaikan Arwah Siti Sarah – ‘Dia Datang Ke Backstage Untuk Tenangkan Kami’
Mesej terakhir

Menerusi hantaran di TikTok, Salamiah berkata, meskipun sudah lima tahun pemergian Siti Sarah, rasa rindu terhadap menantunya itu masih menebal, malah segala kenangan yang pernah dilalui bersama masih terpahat dalam ingatan.
Mama tetap menyimpan ayat-ayat terakhir awak. Mama masih tidak mampu melihat video-video antara kita. Terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan.
Dalam perkongsian sama, Salamiah turut berjanji akan menjaga sebaik mungkin amanah yang ditinggalkan oleh Siti Sarah selain tidak pernah putus mengirimkan doa buat arwah.
Mama akan jaga amanah yang awak tinggalkan untuk mama. Al-fatihah untukmu sentiasa mama kirimkan. Moga Allah izin kita bersama lagi, amin.
Siti Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 pada usia 36 tahun selepas mengalami komplikasi akibat jangkitan COVID-19.
Allahyarham sebelum itu menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan virus berkenaan.
Dalam tempoh rawatan, Siti Sarah turut melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan, menerusi pembedahan bagi menyelamatkan bayi tersebut yang ketika itu masih dalam kandungan dan dilahirkan pramatang.
Sumber: TikTok
The post Ibu Shuib Masih Simpan Mesej Terakhir Bersama Arwah Siti Sarah – ‘Mama Akan Jaga Amanah Awak’ first appeared on OHBULAN!.





