Seorang pengguna media sosial menggesa pihak produksi drama Walid tampil bertanggungjawab susulan kontroversi membabitkan dialog dalam naskhah berkenaan.
Artikel Berkaitan: Impak ‘Walid’, Faizal Hussein Terima DM Wanita Indonesia Minta Jadi Isteri – ‘Ramai Ajak Kahwin’
Skrip pesong akidah?

Isu tersebut timbul apabila satu babak lakonan Aqasha didakwa mengandungi dialog sensitif berbunyi ‘aku adalah Allah’ sehingga mencetuskan kebimbangan segelintir pihak berkaitan soal akidah.
Menerusi hantaran di media sosial, individu terbabit mendakwa dialog berkenaan tidak wajar dilafazkan walaupun atas dasar lakonan, malah menyifatkan sebagai sesuatu yang serius dari sudut agama.
Aqasha telah lafazkan kalam kufur yang menyebabkan dia jatuh murtad. Wajib Aqasha ucap dua kalimah syahadah untuk kembali kepada agama Islam.
Erma Fatima dan seluruh anggota produksi hendaklah bertaubat kepada Allah dengan segera.
Berlakon bukan alasan lafazkan kalam kufur. Dalam Al-Quran dinyatakan orang murtad dengan alasan kononnya ingin bergurau.
Allah menempelak orang yang menggunakan alasan bergurau dan menyatakan bahawa orang itu tetap jatuh murtad.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut berkongsi potongan ayat al-Quran sebagai rujukan bagi menyokong pandangannya mengenai isu tersebut.
(Mafhum) Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab:
Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main. Katakanlah: ‘Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?’
Janganlah kamu berdalih, kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman (jatuh murtad).
Iman terbatal bukan kecil punya hal. Bergurau bukan alasan, berlakon juga bukan alasan. Bahana buat drama tidak ikut syarak, tak rujuk orang berkeahlian.
Perkongsian itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan wargamaya, ada yang bersetuju bahawa sensitiviti agama perlu dijaga, manakala sebahagian lain berpendapat konteks lakonan juga perlu dinilai secara menyeluruh.
Sumber: Threads
The post Aqasha Lontar Dialog ‘Aku Adalah Allah’, Netizen Mohon Erma Fatima Bertanggungjawab first appeared on OHBULAN!.





