34.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MSN nafi abai perancangan Azizulhasni ke Sukan Olimpik 2028

    Shopee Sale

    Majlis Sukan Negara (MSN) menolak dakwaan bahawa tiada perbincangan dilakukan berhubung masa depan Azizulhasni Awang, sebaliknya menegaskan badan itu sentiasa menyokong peranancangan atlet itu bagi menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

    MSN berkata pendirian itu dinyatakan kepada Azizulhasni menerusi beberapa siri pertemuan membabitkan Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin dan beberapa pegawai kanan MSN yang lain.

    Menurut MSN, Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari juga telah membawa perkara itu dalam mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN pada 13 Ogos lalu dan mendapat persetujuan daripada semua pengarahnya.

    MSN berkata pihaknya turut menghantar emel kepada Azizulhasni pada 27 Ogos lalu untuk meminta atlet itu mengemukakan pelan lengkap program serta anggaran perbelanjaan supaya peruntukan bagi kempen kelayakan Olimpik 2028 dapat disediakan.

    Pelan itu katanya merangkumi latihan dan pertandingan sehingga Los Angeles 2028, sasaran prestasi serta laluan kelayakan Olimpik, pembahagian fasa latihan antara Kuala Lumpur dan Melbourne, keperluan jurulatih dan pasukan sokongan, sains sukan dan perubatan, fasiliti, peralatan serta logistik selain anggaran perbelanjaan terperinci bagi setiap tahun pelaksanaan program.

    “Setelah mendapat balasan daripada Datuk Azizulhasni ini nanti, barulah MSN akan dapat melaksanakan langkah dan proses yang perlu bagi menjamin peruntukan kepada Datuk Azizulhasni sepanjang kempen kelayakan sebagaimana peranancangan yang dibentangkan dalam Olympic Pathway tempoh hari.

    "Namun MSN amat terkejut apabila jurulatih, Joan Beasley kemudiannya membuat kenyataan baru-baru ini bahawa tiada sebarang perbicangan mengenai peranancangan masa depan Azizulhasni dilakukan," kata MSN dalam satu kenyataan hari ini.

    Minta penjelasan KBS

    Khamis lalu Azizulhasni dalam kenyataan sembilan muka surat meminta penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta MSN sama ada Malaysia masih mahukan dirinya menyertai LA28.

    “Situasi sekarang sebenarnya bukan soal saya ingin meneruskan kayuhan ke LA28 ataupun tidak, tetapi sama ada Malaysia masih memerlukan khidmat saya untuk ke LA28,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

    MENARIK:  Usah kelirukan Orang Asli dengan istilah 'tanah adat'

    Azizulhasni berkata kepastian itu penting bagi membolehkannya membuat peranancangan terperinci berkaitan latihan, pertandingan, selain komitmen bersama keluarga dan penaja.

    Atlet itu turut berkata dia bersedia untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelumba profesional sepenuhnya tanpa menerima geran kerajaan.

    “Jika untuk mempermudahkan keadaan, saya sendiri bersedia untuk bergerak secara profesional sepenuhnya tanpa menerima geran daripada pihak KBS dan MSN. Dana tersebut boleh disalurkan kepada pelumba-pelumba lain,” katanya.

    Dia turut mencadangkan pendekatan latihan secara hibrid dengan membahagikan masa antara Melbourne dan Malaysia, bergantung kepada jadual latihan, pertandingan serta komitmen penaja.

    Mengulas lanjut, MSN berkata Azizulhasni pada pertemuan 13 Ogos lalu telah bersetuju bahawa pengumuman mengenai program latihan Olimpiknya hanya akan dibuat secara bersama selepas Kejohanan Berbasikal Dunia di Shanghai yang berlangsung dari 14 hingga 18 Oktober.

    “MSN mernghormati permintaan itu terutama demi mematikan fokus dan persiapan Azizulhasni tidak terjejas sebelum temasyat Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya.

    “Bagaimanapun, ekoran daripada beberapa laporan media yang disiarkan berkaitan perkara ini, MSN tiada pilihan kecuali berkongsi fakta demi menjelaskan isu-isu yang ditimbulkan.

    “Dakwaan bahawa MSN tidak menghiraukan peranancangan Datuk Azizulhasni atau tidak menghargai jasa dan sumbangan beliau selama ini adalah tidak bertanggungjawab, kerana komitmen dan sokongan MSN kepada wira berbasikal negara ini sentiasa teguh sejak sekian lama,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah