34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bil Meningkat Tiba-Tiba? Ini Apa Air Selangor Buat Untuk Selesaikan Isu Ni!

    Shopee Sale

    Pernah tak korang buka bil, tengok-tengok… “Eh, kenapa mahal semacam ni?!” Padahal guna macam biasa je. Atau tengah nak masak, mandi, cuci baju lepastu air keluar sipi-sipi je. Geram kan?

    Ada yang pernah alami isu macam ni jugak tak? Ha..jangan risau! Air Selangor baru-baru ni turun padang sendiri untuk dengar dan selesaikan isu ini tau!

    Nak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang korang boleh buat kalau hadapi situasi macam ni? Jom tengok ni…

    Bukan salah meter ke? Paip bocor? Air Selangor periksa semua!

    Air Selangor telah pergi ke rumah salah seorang penduduk di Bandar Baru Bangi untuk selesaikan masalah bil tinggi.

    Tengok sendiri macam mana mereka buat spot check, terangkan punca dan bagi penyelesaian terus kat depan pintu.

    Ha…Kalau jadi dekat korang, ini benda yang perlu korang buat!

    1. Periksa Jika Ada Ada Kebocoran – Boleh cuba test sendiri dekat rumah. Tutup semua paip, tengok meter berpusing atau tak. Kalau ya, mungkin ada kebocoran.

    MENARIK:  [VIDEO] Shuk Sahar Nafi Sombong Dengan Man Raja Lawak Ketika Tengah ‘Peak’ – ‘Sejujurnya Aku Memang Tak Rapat Dengan Dia’

    2. Guna Aplikasi Air Selangor – Aplikasi ni bukan untuk tengok bil je. Korang boleh terus buat laporan, semak trend penggunaan, dan dapat notifikasi penting.

    3. Isi Borang Permohonan Semakan Bil – Kalau korang rasa bil tak logik langsung, boleh buat permohonan untuk semakan. Air Selangor akan bantu check dan bagi justifikasi yang telus.

    4. Hubungi Air Selangor Cepat-Cepat – Jangan tunggu sampai bil makin tinggi. Lagi cepat lapor, lagi senang nak selesai.

    Air Selangor sentiasa bersama pengguna

    Dalam musim panas, penggunaan air memang boleh jadi tinggi. Walau bagaimanapun, jika ada sebarang isu, korang lapor je terus guna aplikasi Air Selangor. Mereka ready je nak bantu.

    Untuk maklumat lanjut dan bantuan, layari http://www.airselangor.com atau muat turun aplikasi Air Selangor sekarang!

    The post [VIDEO] Bil Meningkat Tiba-Tiba? Ini Apa Air Selangor Buat Untuk Selesaikan Isu Ni! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah