34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nik Zawawi mungkin terpengaruh dengan penulisan sejarah, kata Hadi

    Shopee Sale

    Presiden PAS berkata kesilapan yang dilakukan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, berhubung kisah sahabat Nabi Muhammad SAW mungin dipengaruhi oleh penulisan sejarah.

    Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya juga sudah memberi peringatan kepada setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu.

    "Kita telah beri peringatan kepada beliau dan saya telah menulis artikel disiarkan dalam Harakah, di sana ada perbezaan di antara penulisan sejarah dan penulisan al-Quran dan hadis.

    "Dalam sejarah ia bebas, cerita dongeng pun ada dan macam-macam.

    "Mungkin dia terpengaruh dengan penulisan-penulisan sejarah, penulisan sejarah tak boleh jadi dalil dalam Islam," katanya dalam sidang media di Rusila, Terengganu, hari ini.

    Ahli Parlimen Marang tu berkata demikian ketika ditanya adakah PAS mengambil sebarang tindakan terhadap Nik Zawawi yang sebelum ini mengundang kemarahan pelbagai pihak.

    MENARIK:  Pengkritik URA halang Melayu bandar dibantu, kata Rodziah

    Terdahulu Nik Zawawi menjadi tumpuan selepas terpalit kontroversi kandungan ceramahnya yang didakwa menghina sahabat Nabi Muhammad.

    Ucapannya itu menyentuh mengenai kehidupan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib sebelum memeluk Islam dalam ceramah politik di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

    Dalam ucapan berkenaan, Abu Bakar digambarkan sebagai “bapa ceti” kerana gemar memberi pinjaman kepada orang ramai dan menekan golongan miskin manakala Umar pula didakwanya berperanangai ganas dan suka berzina.

    Nik Zawawi pada mulanya mempertahankan ucapan tersebut dan menegaskan dia tidak menghina para sahabat nabi, malah dia memaafkan pengkritik.

    Bagaimanapun dia akhirnya memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

    Dia turut disiasat pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selepas laporan dibuat terhadap susulan kontroversi berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah