31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AGC bantah permohonan semakan badan peguam berhubung NFA kes Zahid

    Shopee Sale

    Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan mengklasifikasikan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dana Yayasan Akalbudi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

    Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan, yang mewakili AGC, memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke Yee Ching.

    Badan Peguam, yang memfailkan permohonan itu dengan menamakan Peguam Negara serta Ahmad Zahid selaku responden, antara lain memohon agar keputusan NFA pada 8 Jan lepas diisytiharkan sebagai tidak sah, terbatal dan Peguam Negara telah melangkaui bidang kuasanya apabila mengambil tindakan tersebut.

    Sebelum ini, AGC memutuskan tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid selepas meneliti keseluruhan bahan serta keterangan baharu.

    AGC dalam kenyataan memaklumkan siasatan lanjut dan terperinci telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia termasuk aspek sumber dana, kaedah perolehan dan penggunaan dana berkenaan.

    MENARIK:  Ahli GISBH yakin Sheikh Suhaimi itu Imam Mahdi, kata menteri

    Sementara itu, Nurhafizza memaklumkan AGC akan memfailkan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mei lepas yang membenarkan rayuan Badan Peguam berhubung tindakan pendakwaan menghentikan prosiding selanjutnya terhadap Ahmad Zahid..

    Mahkamah Rayuan telah mengembalikan kes itu kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran substantif semakan kehakiman.

    Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid, pula berkata pihaknya akan memfailkan permohonan sama di Mahkamah Persekutuan.

    "Oleh itu, pihak kami memohon supaya prosiding semakan ini (berhubung NFA) digantung sehingga pihak-pihak kembali ke mahkamah untuk mengemas kini status di Mahkamah Persekutuan," katanya.

    Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 30 Jun ini untuk memutuskan sama ada permohonan kebenaran Badan Peguam itu perlu didengar atau digantung sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah