Usahawan Anes Ayunie dan Siti Jamumall kembali menjalinkan hubungan persahabatan mereka selepas didakwa bergaduh sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayunie Kongsi Momen Siti Jamumall Tertidur Di Kerusi Masa Shopping Baju Baby, Netizen Simpati – ‘Kasihan Dia Stres, Penat Lagi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Stres, Keguguran Dua Kali & Syarikat Pun Dah Tutup’ – Ayunie Kongsi Keperitan Hidup Siti Jamumall
Mohon maaf
Menerusi perkongsian di TikTok, Ayunie berkongsi momen ketika menghadiri majlis akikah anak bongsu kepada Siti iaitu Siti Nur Ratna baru-baru ini.
Pada ruangan kapsyen, Ayunie mengakui kesalahannya dan memohon maaf kepada Siti di atas semua kekhilafan sehingga hubungan mereka menjadi renggang.
Maafkan aku percaya orang yang salah, kau yang dah lama menanggung rasa.
Syukur Allah tunjuk segalanya tepat waktu, maafkan aku salah menilai.
Allah tunjuk segalanya depan mata kita, aku harap kau tabah melaluinya dengan anak-anak.
Hubungan saya dengan keluarga Siti tetap macam dulu, saling sayang.
Dalam pada itu, kelihatan Ayunie turut menghadiahkan bayi perempuan tersebut seutas gelang emas.
Harapan untuk Siti

Simpati dengan nasib yang menimpa Siti, Ayunie berharap agar sahabatnya itu tabah menghadapi ujian hidup bersama anak-anaknya.
Semoga Allah mudahkan urusan kau, ibu tunggal yang kuat dan penyanyang.
Semoga terus bahagia Siti dan anak-anak, Allah maha baik sangat temukan kita semula.
Sumber: TikTok Ayunie
The post [VIDEO] Ayunie & Siti Jamumall Kembali Bersahabat, Hadir Majlis Akikah Anak – ‘Maafkan Aku Percaya Orang Yang Salah’ first appeared on OHBULAN!.





