26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kepada Artis Muda, Kejayaan Tak Datang Dengan Mudah..Perlu Usaha, Disiplin & Keikhlasan Dalam Berkarya’ – Siti Nurhaliza

    Shopee Sale

    Biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Sri Wirama pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Simpati Dengan Situasi Tegang Di Indonesia, Titip Doa Semoga Kemelut Cepat Reda

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Afwa Je Berani Tutup Telinga Masa Siti Nurhaliza Nyanyi’

    ‘Anugerah Wirama, satu penghormatan besar’

    Dalam ucapan tersebut, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas penghormatan besar yang diberikan kepadanya selepas lebih tiga dekad berkarya dalam dunia seni.

    Alhamdulillah, syukur kepada Allahdengan izin dan rahmatNya, saya berdiri di sini menerima Anugerah Wirama, satu penghormatan cukup besar dalam perjalanan seni saya.

    Dalam pada itu, Siti berkata bahawa anugerah berprestij tersebut bukan hanya untuk dirinya, tetapi buat seluruh warga seni yang telah bersamanya sepanjang berada dalam industri muzik.

    Anugerah ini bukan sahaja untuk diri saya, tetapi juga untuk semua insan seni yang telah bersama-sama membina perjalanan saya selama lebih 30 tahun dalam industri.

    Saya ingin merakamkan penghargaan kepada suami yang tersayang, serta keluarga, ibu saya, ibu mertua, anak-anak saya yang saya sayangi dan semua anak-anak yang lain.

    Pihak pengurusan saya, rakan seperjuangan, pencipta lagu, penulis lagu, penerbit, pihak media serta semua yang telah menjadi tulang belakang pada kerjaya saya yang mula-mula mendidik saya dan menaikkan nama saya, Mr. Roslan bersama keluarga.

    Tak lupa kepada peminat yang sangat saya kasihi. Terima kasih,  I love you too. Kita juga sama-sama melalui sebuah perjalanan yang cukup indah.

    ‘Kejayaan tidak datang dengan mudah’

    Dalam ucapannya, Siti turut menitipkan pesanan dan nasihat kepada artis baharu tanah air agar terus gigih mengejar impian tanpa mengenal erti putus asa.

    MENARIK:  Netizen Kecam Prince Syed & Isteri Kongsi Video ‘Shopping’ Selepas Prosiding Mahkamah

    Malah tegasnya, keikhlasan adalah sangat penting kerana dari situlah lahirnya karya yang mampu menyentuh hati, memberi inspirasi dan kekal abadi dalam jiwa pendengar.

    Tanggungjawab untuk terus berkarya, mengangkat martabat muzik tanah air, serta memberi inspirasi kepada generasi baru.

    Kepada adik-adik artis muda, percayalah bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah. Apa yang perlu adalah usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi dan keikhlasan dalam berkarya.

    Jangan pernah takut untuk bermimpi besar, kerana mimpi itulah yang akan menjadi api dalam perjuangan kita. Terbanglah setinggi mana, gapai impian anda tapi jangan lupa rumput bumi , Insya-Allah.

    Akhir sekali, saya dedikasikan anugerah ini kepada semua yang percaya bahawa muzik bukan sekadar hiburan, tetapi juga bahasa jiwa, penyatu bangsa, dan warisan yang harus kita kekalkan bersama.

    The post ‘Kepada Artis Muda, Kejayaan Tak Datang Dengan Mudah..Perlu Usaha, Disiplin & Keikhlasan Dalam Berkarya’ – Siti Nurhaliza first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah