Pelakon, Andy Teh menafikan dakwaan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres, Chacha Maembong.
Artikel Berkaitan: ‘Inilah Cara Doa Selamat Kami, Ibarat Minta Kebenaran Penjaga Kawasan’ – Andy Teh
Artikel Berkaitan: Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Andy Teh Kuasai Ilmu Pertahankan Diri – ‘Saya Pendiam, Fizikal Kecil’
Hanya kawan

Ketika ditemui , Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Huat, 41, menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan.
Kami hanya kawan. Saya tiada nak komen apa-apa.
Saya tidak tahu apa reaksi dia nanti bila keuar pasal ini sebab kami memang tidak hubungi sesama sendiri. Hari ini baru saya tahu mengenai perkara ini.
Andy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Black Ops di Wisma Ekran yang dijangka bakal ditayangkan hujung tahun ini.
Dah kenal lama

Bagaimanapun, pelakon filem Blood Brothers itu berkata dia tidak menolak sekiranya Chacha merupakan jodohnya kerana dia memiliki ciri-ciri wanita idaman yang disukainya.
Kami dah kenal lama, kami jumpa di sebuah majlis tapi tidak pernah berlakon bersama.
Saya rasa untuk sekarang ni, kami dah bersetuju untuk jaga kerjaya.
Buat masa ini bukan masa yang sesuai untuk dedahkan apa-apa. Kami dalam fasa berkenalan.
Kalau betul-betul dia jodoh dan masa itu sampai, tidak boleh nak tolaklah.
Dia mempunyai ciri-ciri yang saya suka.
Ketika ditanya sama ada dia bersedia untuk menukar agamanya sekiranya jodohnya merupakan gadis Islam, Andy berkata masih awal untuk berfikirkan tentang itu.
Itu adalah salah satu soalan yang saya sendiri tertanya-tanya pada diri saya. Ibu bapa saya adalah penganut Buddha yang kuat.
Bagi saya kita kena ikutlah undang-undang dan saya tiada masalah tapi masih terlalu awal untuk diperkatakan.
Sebelum ini, sebuah portal media menerbitkan sebuah artikel yag mendakwa aktor itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang aktres cantik yang tidak didedahkan identitinya.
The post [VIDEO] Andy Teh Nafi Bercinta Dengan Chacha Maembong – ‘Dalam Fasa Berkenalan, Dia Ada Ciri-Ciri Wanita Yang Saya Suka’ first appeared on OHBULAN!.





