26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mak Wan Latah Berdepan Masalah Sakit Lutut, Kos Pembedahan Cecah Puluhan Ribu – ‘Saya Tak Mampu, Hanya Bergantung Dengan Ubat’

    Shopee Sale



    Pelakon veteran, Mak Wan Latah berkongsi tentang keadaan terkini dirinya yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan.

    Kos perubatan

    Ketika dihubungi , Mak Wan atau atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud memaklumkan bahawa kesihatannya merosot semenjak pulang dari mengerjakan umrah pada tahun lalu.

    Sebenarnya saya menghidap pelbagai penyakit, antaranya kolestrol, kencing manis, darah tinggi tetapi sekarang ini sakit lutut dan semput semakin teruk.

    Nak berdiri, berjalan atau duduk terlalu lama tak boleh.

    Saya masih boleh melakukan ibadah tetapi semuanya dalam keadaan duduk, tetapi dapat berpuasa macam biasa.

    Menurut pelakon berusia 63 tahun itu, ketika ini dia hanya bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan yang diberikan pihak hospital berikutan tidak mampu untuk mengeluarkan kos perbelanjaan bagi rawatan pembedahan lutut.

    Saya ada ke hospital dan diberikan ubat. Kata doktor saya ada masalah tisu lutut dan ia menjadi renggang.

    Kalau saya nak buat pembedahan lutut memang mahal, boleh mencecah kos puluhan ribu ringgit. Saya memang tak mampu jadi hanya bergantung dengan ubat.

    Bohonglah kalau kata saya tiada masalah dari segi perbelanjaan harian, tetapi saya kurang berbelanja dan banyak berjimat. Makan pun tak banyak, kadang-kadang sepinggan nasi pun belum tentu habis.

    Namun jika terdesak, saya ada duit cuma ada kesukaran bila perlu keluarkan kos perubatan kesihatan. Ubat pun ada yang mahal harganya.

    Masih mahu bekerja

     

    View this post on Instagram

    A post shared by MakWan.? (@makwanlatah)

    Dalam pada itu, pelakon filem Mat Tudung Begin tersebut memaklumkan bahawa dia masih lagi mampu untuk bekerja malah memberikan komitmen penuh sepanjang penggambaran meskipun ada kekangan dari segi fizikal.

    Saya mohon doa kepada Allah untuk memberi kekuatan supaya saya dapat bekerja. Itu sahaja rezeki saya.

    Alhamdulillah, saya boleh selesaikan setiap babak walaupun ketika dalam bulan Ramadan, cuma saya perlu berehat dan tidur sekejap.

    Semoga kawan-kawan dapat doakan saya sebab saya memang tak macam dulu. Dulu saya kuat tapi sekarang tidak sekuat itu lagi, cuma Allah bagi semangat untuk berlakon. Saya bersyukur sangat.

    Mak Wan yang tidak mampu menahan air mata bagaimanapun, bersyukur dengan rezeki, peluang dan pertolongan yang diberi oleh pihak produksi.

    Insya-Allah, setakat ini tidak ada watak yang saya rasa menyusahkan saya.

    Alhamdulillah babak saya banyak yang duduk, walaupun nak berdiri semula agak sukar namun ia tidak mengganggu lakonan. Macam mana sekali pun saya kena bertanggungjawab dan perlu menghabiskan babak.

    Kru penggambaran pun banyak membantu saya dari segi pergerakan fizikal.

    Terdahulu, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew berkesempatan menziarahi Mak Wan di kediamannya dan menyampaikan bantuan.

    MENARIK:  Tom Akan Menguji Fuad Rahman dengan Menghantar Seorang Lagi kepada Beliau Sebagai Isteri Kedua untuk Mencegah Suami Berlaku Curang

    Tindakan Ebit mendapat perhatian dan simpati daripada warganet sehingga ada yang mahu membantu meringankan beban pelakon veteran itu.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah