
Pelakon Amir Ahnaf meraih perhatian ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran sewaktu berada di majlis rumah terbuka baru-baru ini.
Merdu mengaji
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amir atau nama lengkap Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, dilihat lengkap berbaju melayu berwarna hijau muda.
Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian apabila Amir diminta untuk membaca surah Al-Fatihah.
Perkongsian itu meraih lebih 40,000 ribu tontonan di TikTok dengan memuji bacaannya yang merdu.
Netizen cair




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kemerduan suara Amir mengalunkan ayat suci Al-Quran. Selain itu, warganet turut memuji didikan ibu bapanya yang berjaya mendidik Amir menjadi anak yang mendalami agama.





